Sunday, July 7, 2013

BILA TERSALAH DIAL.



Gambar hiasan hasil carian Google. Tak ada kena mengena dengan entri.

Agaknya apa ikhtiar anda nak tutup malu kalau sudah terdail nombor orang lain yang punya nama berdekatan dalam senarai kita. Contohnya kita nak telefon Husin Baharin terdial Husin Baharom.

Kita:  Hello, apa khabar Sin ?
 
Husin: Khabar baik .. ni mesti ada cerita bagus ni kan ?

 
Bila dengar suara, baru kita perasan yang kita sudah salah orang. Ini bukan suara Husin Baharin tapi Husim Baharom. Dua-dua pun kawan kita juga.
Kita segan nak mengaku yang kita salah dial dan terus kepala ligat mencari modal untuk teruskan perbualan. Tetiba kita teringat dia pernah nak jual kereta suatu masa dulu.

Kita: Ni aku nak tanya, kereta kau yang nak jual tu dah jual ke belum ?

Husin: Kereta mana ?

Kita: Laaa .. kereta Volvo yang engkau selalu guna angkut rumput bagi lembu engkau makan tuu.

Husin:  Oh kereta tu ke .. lama dah aku jual .. rasanya dah lebih 5 tahun .. aku ingat kereta tu pun dah jadi tukun tiruan sekarang ini !

Kita:  ohhh ..  hmmm  (masa ni kita dah mula tak tahu apa nak cakap, tapi teruskan jugalah) .. dah 5 tahun ke ? Aku rasa baru macam 5 bulan je !


Agak-agak Husin tu syak tak kita tersilap panggil dia ?




12 comments:

  1. saya akan syak sesuatu kalau kawan saya pun cakap begitu...keh keh keh.....tapi kan pakngah, kalau kita tersalah dial, memang agak malu nak ngaku yang kita tersalah dial...

    ReplyDelete
  2. hahahaha. macam pernah alami perkara ini

    ReplyDelete
  3. Kompom la dia dok garu kepala sambil renung hp sendiri. “Buang tebiat ker kawan aku nih?” hahahaha

    ReplyDelete
  4. HEHEH.. BIASA JUGAK BERLAKU PADA SAYA.. TAPI SAYA TERUS MENGAKU SAJA..

    ReplyDelete
  5. Husin tu tak syak yang kita salah dail, tapi dia syak yang kita dah mula nyanyok kot... kikiki...

    ReplyDelete
  6. Mak saya selalu buat lagu tu nak call Angah call pulak Kak Yang, jauh sgt tapi mcm tulah agaknya ada kerja dengan Angah tapi hati dok dok teringat Kak Yang tapi mak pun pandai jugak buat2 tanya khabar anak cucu...

    Aina jarang kena cam tu sebabnya jarang call kawan2 hahaaa...

    ReplyDelete
  7. Kecik hati Husin Baharom hehehe...

    ReplyDelete
  8. Hahahaha! Kelakarlah Pakcik baca entri ni. Betul ke kisah ni Pakcik? Klu sy, sy kate jelah salah org. Heheheh...

    ReplyDelete
  9. haha..
    saya pulak kalau terima panggilan orang yang salah dail ni cakap je baik2 yg dia dah salah nombor.walaupon pada mulanya orang yang kol tu takde mukadimah dah tanya mcm2 kat kita.

    Sebab faham apa yg dirasai oleh orang yg salah dail..:)

    ReplyDelete
  10. Hal tersalah dail ni mmg terhasil kisah2 lucu..hihi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Bang,

    Biaso lah tu nak tokan onam tertokan semilan...selalu eh sey ngaku yo tersilap dail dan mintak map yo.... :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.