Malam Rabu lalu seperti biasa sebelum sembahyang sunat Witir, diadakan tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ustaz Surol yang mengimami sembahyang Isyak dan Tarawikh sebelumnya. Antara intipati tazkirahnya kali ini ialah:
(1) Allah kasih kepada orang2 yg taat dan soleh, tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 muda yang taat dan soleh.
(2) Allah kasih kepada orang2 yang tawaduk dan merendah diri tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 kaya tetapi tawadduq dan merendah diri.
(3) Allah kasih kapada orang2 yang pemurah tetapi Allah lebih kasih kepada orang2 miskin yang pemurah.
(4)Allah benci kepada orang2 yang kufur dan ingkar tetapi Allah lebih benci kepada orang2 tua yang kufur dan ingkar.
(5) Allah benci kepada orang2 yang sombong tetapi lebih benci kepada orang2 miskin yang sombong.
(6) Allah benci kepada orang2 yang bakhil tetapi lebih benci kepada orang2 kaya yang bakhil.
p/s: Intipati tazkirah ini dicatat oleh sahabat saya, Haji Z. Semoga ada manfaatnya.
...kita sentiasa diberi peluang memperbaiki diri oleh Allah.
ReplyDeleteNasib baik buka Dato Z...hahaaaa...
ReplyDeleteTiba2 saya rasa insaf bertapa luasnya rahmat Allah buat hambanya.
Siapa pulak Dato Z tu ?
Deleteberingat-ingat dan beramal atas jalan allah kan
ReplyDelete:)
tazkirah yang bagus sekali.. ingatan buat diri sendir..
ReplyDeletesyukran =)
Baiklah. peringatan untuk diri sendiri juga.
ReplyDeletesentiasa muhasabah diri ...
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteDah semakin menua ni, membaca panjang-panjang, atau mendengar lama-lama, boleh jadi menggelisahkan. Rumusan tazkirah seperti itu amat membantu dan dapat cepat dicerap. Selamat meneruskan ibadah puasa.
alaikumsalam. memang kalau kita catat terpaksalah ambil maksudnya sahaja .. kalau panjang2 takut tak sempat catat.
DeleteALHAMDULILLAH.. SEMOGA KITA SAMA-SAMA PEROLEH MANFAAT DARIPADANYA..
ReplyDeleteTerimakasih berkongsi info PAk Ngah.
ReplyDeleteMak Ngah masak apa hari ni...?
masih lagi di peringkat perbincangan .. kami masih belum membuat sebarang keputusan muktamad. hehe
Delete:) ramadan kareeem..
ReplyDeleteassalamu'alaikum THJ...saya suka entry ini...terbaek...
ReplyDelete