Friday, July 26, 2013
TIDAK ADA YANG TIDAK MENYESAL.
Cerita di bawah diforwardkan oleh kawan saya ke henfon saya. Sungguh menarik dan menginsafkan saya membacanya. Mungkin ramai yang sudah membacanya, tapi bagi saya ini adalah kali pertama. Saya perturunkan sepenuhnya:
"Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin.."
Semoga ada manfaatnya kepada kita semua.
Labels:
renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana berkongsi....
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteJelasnya semua manusia akan menyesal kecuali mereka yang menuruti perintah Allah dan Rasul~Nya.
Salam Bang.
ReplyDeleteMasa tu mungkin kita menyesal masa yang banyak kita habiskan berfb ...... huhu
Salam kembali.
Deletesekarang pun abang dah rasa menyesal ..
Insaf. Kadang2 waktu membaca ja kita insaf lepas tu berbalik perangai lama.
ReplyDeleteYA ALLAH.. TAK TERUCAP DENGAN KATA-KATA.. HARAPNYA TIADA SESALAN DI AKHIRAT KELAK.. NAMUN APABILA MEMIKIRKAN DIRI INI, MUNGKIN AKAN MENYESAL JUGAK.. SAMA-SAMALAH KITA MEMPERTINGKATKAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH..
ReplyDeletemana-mana pun, kite tetap tak puas hati kan...
ReplyDeletelumrah manusia...
terima kasih atas ingatan...