Saturday, July 13, 2013

BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 1: MAKAN ATAS MEJA.




Ya. Bahasa Melayu bagi saya adalah unik. Bukan pelik. Kerapkali perkataan yang kita ucapkan bukan merujuk kepada maknanya yang telah diketahui umum.

Kalau kita tidak memahami budaya Melayu, mungkin kita akan berdepan dengan sedikit masalah memahami logik dan konteksnya.

Dalam konteks Bahasa Melayu dan budaya Melayu, kerap kali perkataan 'dekat'  itu bermaksud 'di' dan 'atas' pula bermaksud 'dalam'. Ada masanya 'atas' tidak juga bermakna dalam tapi menggambarkan keadaan yang lain pula.

Biar saya terangkan dengan memberi contoh.

Dekat. Kalau ada orang kata "malam tadi saya berbuka puasa dekat hotel Hilton". Umumnya orang Melayu memahamkan bahawa dekat di sini  bermaksud di hotel Hiton. Tapi mungkin juga dia betul-betul berbuka puasa dekat dengan Hotel Hilton di sebuah gerai makanan kesukaannya. Tengoklah siapa yang bercakap.

Atas. Kalau ada orang berkata "Saya dah kenyang makan nasi lemak atas kapal terbang tadi" ia bukanlah bermakna tadi dia betul-betul berada di atas kapal terbang menikmati nasi lemak. Tentulah maksudnya, dia makan nasi lemak semasa berada dalam kapal terbang.

Kalau kita kata "Saya lebih suka bersila bila makan di rumah, tapi kalau di hotel terpaksalah makan atas meja'. Ayat tersebut bukanlah bermaksud betul-betul duduk atas meja semasa makan tetapi sebenarnya duduk atas kerusi.

Unik kan ?



13 comments:

  1. Itu kalau direct translate dalam English mau mat saleh tepinga2 pinga. Bayangkanlah makan on the table!

    ReplyDelete
  2. hanya kita-kita je yang memahami...

    hehehe.

    ReplyDelete
  3. salam. pandai sungguh uncle bermain dgn perkataan. BTW, jemputlah join segmen GiveAway di blog saya. hadiah istimewa menanti uncle..Thanks...

    ReplyDelete
  4. Best artikel ni...nn saya belanja makan dekat hotel..he he

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

    ~insan marhaen~

    ReplyDelete
  6. Itu belum lagi masuk lagi masuk bahasa sindiran dan peribahasa...

    ReplyDelete
  7. KENA BELAJAR BAHASA MELAYU TAHAP TINGGI NI..

    ReplyDelete
  8. betul BM memang unik dan sebab tu kita kena berbangga dengan bahasa ibunda kita.

    ReplyDelete
  9. Aslkm,

    unik dan sekali baca kelakar pun ada...adeke patut makan atas meja...bayangkan..hehehe
    Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak uncle.. =)

    ReplyDelete
  10. Asssalamualaikum Bang,

    " Hanya Jauhari saja yang mengenal Manikam ".... jangan pula nanti pembaca ingat Jauhari tu orang melayu dan manikam tu orang india.... sememangnya bahasa melayu amat unik sekali....Allahua`lam.

    ReplyDelete
  11. Assalam al-lavendari. Selamat menjalani ibadah puasa.

    Paparan menarik mengenai keunikan BM. Terfikir pula Pak Temuk, adakah hal seperti ini boleh jadi salah satu sebab ada orang kata amat sukar utk memahami hati budi orang Melayu. Takkan pula jadi amat sukar?!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.