Sunday, February 23, 2014

ANTARA PERKATAAN MELAYU YANG SEMAKIN DILUPAKAN ATAU YANG SUDAH LENYAP.




Makin hari makin banyak perbendaharaan bahasa kita yang tidak digunakan lagi atau jarang-jarang digunakan. Antaranya:

1.  Rumah sakit - Hospital
2.  Rumah pasung - Balai polis
3.  Permaidani - Karpet
4.  Mata-mata - Polis
5.  Ilmu Alam - Geografi
6.  Tawarikh - Sejarah
7.  Ilmu Hisab - Matematik
8.  Khutub Khanah - Perpustakaan.
9.  Belanjawan - Bajet
10. Langsung - Live
11. Merinyu - Inspektor
12. Selekoh - Kona (corner)

Ada banyak lagi. Kalau sudi, anda bolehlah tambah.  

Dan ada juga beberapa perkataan Melayu yang sudah lenyap dan tidak diucapkan lagi. Ia hanya boleh dibaca dalam buku-buku lama seperti Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Kalau ada yang mengucapkan, pasti ramai yang ternganga-ngang dan merasa pelik mendengarnya. Mungkin orang yang berumur lebih 60 tahun masih ingat lagi. Antaranya:

Sebermula
Syahdan
Masygul
Arakian
Alkisah
Firasat
Hatta.

Saya pun dah lupa perkataan apa lagi yang dah lenyap.

p/s: buletin tu apa ek ?


19 comments:

  1. KALAU BACA SULALTUS SALATIN (SEJARAH MELAYU), ADA JUGA PERKATAANNYA YANG TIDAK DIGUNAKAN LAGI OLEH ORANG SEKARANG.

    ReplyDelete
  2. Jendela.. tapi jendela tu bahasa portugis kan.
    Kalau dengar bahasa-bahasa ni pun dalam lagu, baru dornag guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah pun dah tak gunakan lagi perkataan jendela itu .. teringat lagu Burung Kakak Tua.

      Delete
  3. Assalam Al-lavendari
    Globalisasi jelas telah menarik kita ke arah, antaranya, menggunakan atau meniru istilah-bahasa yang lebih tinggi kadar penggunaannya pada peringkat antarabangsa. Tak pastilah jika pada peringkat setempat-nasional, boleh kita cuba hidupkan istilah-istilah lama itu, paling kurang sebagai istilah alternatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      Kalau masing-masing tak kisah akhirnya bahasa Melayu mungkin menerima nasib seperti bahasa Sanskrit.

      Delete
  4. Lagi perkataan yang langsung x pernah diguna :

    Pra bayar: prepaid

    Bulatan keliling: roundabout

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. roundabout tu dah jadi macam perkataan Melayu sekarang.

      Delete
  5. Semalam jumpa dalam suratkhabar....eskepesme...itu escapism ke? Melayunya apa ya?....jalan keluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eskpism .. memang jalan keluarlah makna yang paling hampir.

      Delete
  6. ubat gigi: colgate. segala jenama ubat gigi pun dipanggil colgate. darlie pun colgate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi .. coklat untuk gula-gula, air oren utk air dalam botol, kodak untuk filem dll.

      Delete
  7. tadi telefon mak, kata dia "nak poei kutubkhanah kojap tengok facebook..line ghumah asik putuih2 yo"..terkedu kejap apa maksud khutubkhanah..kena plak en3 pak ngah ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan sahaja tu .. hebat khutubkhanah tu kat rumah emak awak tu.

      Delete
  8. dah lama saya tak dengar perkataan 'saya sayang awak'.

    kihkihkih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat blog memang tak dapat dengar .. baca jer. hehe.

      Delete
  9. teringt baca buku zaman dulu2..bahasa melayu yg sebenarnya cukup indah.
    tapi dah makin pudar melayunya..huhuh

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.