Thursday, October 23, 2014

ADA KE ORANG SUKA KALAU KOMEN DIA TERPERANGKAP ?


Kebanyakkan blog yang saya jumpa, kotak komennya tidak di pasang comment moderation. Jadi sebaik saja kita klik terbitkan (publish) komen  kita, ia akan muncul dan boleh dibaca.

Saya seronok  kalau komen saya dapat dibaca semula. Terasa satu macam kepuasan. Sebaliknya bila komen kita ghaib selepas kita klik terbitkan,  timbul rasa tak berapa seronok.

Contoh kotak komen yang ada  comment moderation adalah seperti cetakan skrin di bawah. Satu dalam BI dan satu lagi dalam BM.
.

Your comment will be visible  after approval.


Ulasan anda akan dapat dilihat selepas kelulusan.


Saya juga pasang benda itu tapi saya set untuk komen kepada entri saya yang sudah melebihi 5 hari. Kalau tidak, komen kepada entri-entri lama saya, pasti saya tidak perasan dan terlepas pandang. 

Yang saya maksudkan itu adalah kalau  benda itu sentiasa terpasang dan memerangkap komen kita walaupun untuk entri yang terbaru.

Saya faham kenapa ada blog tertentu yang memasangnya. Ia bertujuan untuk mengelakan komen-komen nakal, lucah dan tidak sewajarnya dari diterbitkan. Saya faham itu dan menghormati hak anda dan tidak berniat langsung untuk mempersoalkan tindakan anda itu.

Cumanya saya nak beritahu ada dua masalah yang saya hadapi kalau benda itu dipasang.

Pertama. Saya tak dapat tahu komen orang yang terdahulu untuk mengelakkan saya memberi komen yang serupa.

Kedua. Saya tak dapat nak semak kalau ada kesilapan ejaan atau tertinggal perkataan supaya dapat dibuang dan dibuat semula.

Kalau tak dapat tengok, saya bertawakal sahajalah agar komen saya itu tidak mengulangi komen orang yang terdahulu dan tiada kesalahan ejaan atau maksud.

Sekali lagi saya tegaskan, blog anda adalah hak anda. Terpulanglah kepada anda nak buat macam mana. Saya cuma memberi pendapat tentang masalah saya sahaja. Janganlah pulak ada yang marah.


35 comments:

  1. sy tak marah.. tp sy sendiri tertanya2.. adakah blog sy yg jenis pertama kah.. atau yg kedua.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah blog jenis apa. Yg penting kita selesa.

      Delete
  2. Idea uncle utk set comment moderation bagi entry yang dah > 5 hari tu, praktikal juga...Saya rasa nak guna kat blog saya..

    saya pun punyai masalah macam uncle..suka tgk komen kita tulis ' muncul'..
    hihihih

    Tapi, ada blog yg dah 3-4 hari kita bagi komen( dan ada comment moderation), tapi bila kita klik balik ke entry tu, tuan tanah nya masih tak luluskan segala komen...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia sibuk tu doc. atau pun terlupa nak approve. hehehe...

      Delete
    2. Selalunya yg buat gitu blogger jenis 3T .. tulis, terbitkan, terbiar. Hehe.

      Delete
  3. Saya tak letak tapisan keselamatan tu supaya semua orang bebas mengomen walaupun saya sendiri jarang mengomen. hehehehe tak reti komen sebenornya.Tapi untuk mengetahui sesiapa yang mengomen, saya akan semak dalam setting blog saya siapa yang mengomen untuk entry lama. Kalau ada yang baru, dia akan terletak diatas sekali walaupun untuk entry yang lama-lama. Apa pun ikut suka memasing lah ye nak letak pagar besi ke, pagar kayu ke, rumah tu hakmilik dia, asalkan jangan gaduh sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lebih bagus tapi saya tak tahu sebenarnya nak buat setting mcm itu.

      Delete
    2. Oh yang itu bukan setting memang dah ada dalam rumah bila kita masuk rumah nak buat post baru kat tepi tingkap kan ada ayat overview,post, all, draft, published,pages,comments, google+, stats, earnings,campaigns, layout, template, setting. Klik je kat comments tu dah nampak senarai orang yang mengomen. Kat situlah baru tau oh ada orang baru komen kat N3 tajuk apa.

      Yang goggle+ tu lagi bagus kalau ada gmail klik kat google+ tu masuk dalam tu dah boleh start perjalanan. Google+ tu lagi senang sebab bila kita post macam air je dia meluncur kat member yang ada dalam senarai google+ tu. Kalau tak salah saya lah, kalau saya silap harap maaf ya.

      Delete
    3. Terima kasih keran memberi penerangan yg sangat jelas. Sekarang Pak Ngah sudah tahu. Terima kasih sekali lagi.

      Delete
  4. Kakak jenis tak kisah org nak komen apa pun boleh sebab itu tak tapis biarlah...
    Tapi betul juga macam tak puas kalau tak dpt terus baca apa yg kita dah komen yg entah-entah sama dgn org sebelum kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama tak apa lagi. Yg lebih saya takut ialah berlaku kesilapan typo yg mungkin boleh sebabkan timbul salah faham.

      Delete
  5. Saya pun macam pak ngah suka tengok kalau komen yg ditinggalkan boleh dibaca balik.. boleh di edit jika ada kesalahan kan..

    ReplyDelete
  6. err..saya pula suka kalau keluar comment moderation mcm kat entry pak ngah ni. sbb saya agak pasti yang pemilik blog akan baca komen saya hehe

    tertarik dengan idea pak ngah untuk set kan begitu untuk komen dalam entri yang sudah lebih 5 hari.

    p/s: buat masa ni saya tutup terus ruang komen disebabkan hal tertentu ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah setuju kalau ada orang pasang tapi jgnlah komen kat entri yg baru terbit juga kena telan.

      Delete
  7. saya suka baca komen yang saya tulis... walaupun kadang-kadang hanya sepatah perkataan :-)
    teguran terbaik dari seorang Pak Ngah.

    ReplyDelete
  8. Satu kepuasan bila Nurul dapat membaca semua komen sebelum Nurul dan Nurul bole komen yang berlainan atau ayat berbeza lah sikit walau idea tu sama.. Nurul guna komen g+ je so semua komen tak kira lama ke baru dapat notification.. ikut setting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah tak pandai nak setting guna g+ tu. Jadi terpaksalah guna kaedah tradisional.

      Delete
  9. terima kasih post entri macam ni. saya tabik sebab entri macam ni sebenarnya agak 'hot'. kalau ada blogger yang cepat sentap, saya rasa dah ketap bibir tu. saya pun hampir nak melatah sebenarnya sebab saya salah seorang dari mereka yang "menahan" dulu komen tersebut sebelum saya publish pada umum. tapi selesai baca entri ni, saya hormati pandangan empunya blog. semua orang bebas bersuara. nak mengkritik, nak bagi pandangan, nak bagi cadangan.

    saya berfikir-fikir juga dengan solusi untuk set kan comment moderation pada post yang saya sendiri boleh tetapkan harinya. (eh, macam berselerak je ayat. harap dapat difahami) tapi saya agak kurang pasti. di blog saya, komen dari golongan blogger agak kurang. komen yang banyak masuk adalah komen berbentuk SPAM dan setahu saya, komen jenis ini akan mendatangkan kesan pada blog. ewahh.. macam tahu je kan. maaf, saya juga masih mencedok ilmu tentang blog ini. sejauh mana kebenarannya, tidaklah dapat saya pastikan.

    apapun, terima kasih atas pandangan yang jujur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu Pak Ngah kalau blog yang banyak masuk spam itu elok di pasang 'word verification' agar komen tersebut tidak muncul.

      Delete
  10. Hehe PakNgah... manusia ni ada macam2 ragam, ada baik ada kurang baik... maka dengan itu saya memilih untuk menyediakan payung sebelum hujan... heheh ;3

    ReplyDelete
  11. betul jugak. Kadang-kadang typo pun kite tak nampak, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg saya bimbangkan kerana boleh menimbuulkan kekeliruan dan salah faham.

      Delete
  12. Huhuhuuu... Saya pon pelik kenapa komen saya tak muncul-muncul. Mungkin tuan tanah bz.. Positif2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada bz atau gagal tapisan keselamatan ..hehe.

      Delete
  13. Saya tak minat dengan comment yang perlu tunggu approval sebab saya suka nengok komen saya sendiri.. ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau boleh nak begitu .. tapi masing - masing bebas nak tentukan setting sendiri.

      Delete
  14. Salam uncle.

    kita memang tak pernah approve dah komen. Kadang tak baca pun. hehe.

    pesen main post je entri.

    ReplyDelete
  15. blogwalking jap . jangan lupa singgah :) . . http://blogparihh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Saya pun sama macam Pak Ngah, suka baca semula apa yang kita taip, dan cukup gembira (berbunga-bunga) kalau komen yang saya taip tu terus terbit dalam entry yang saya komen.

    Saya tak buat comment moderation sebab blog saya tak ramai yang komen. Lagi banyak komen berbentuk spam... Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau awak komen entri Pak Ngah yg berusia lebih dari 5 hari, komen awak juga akan terperangkap.

      Delete
    2. Ya... Komen saya pernah terperangkap dalam blog ni untuk disahkan Pak Ngah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.