Tuesday, October 28, 2014

KISAH KONVOI ROMBONGAN MEMINANG SESAT.


 Gambar hiasan dari album al-lavendari.

Entri kali ini adalah menceritakan kisah rombongan meminang secara berkonvoi ke sebuah kampung yang agak terpencil di sebuah negeri di pantai timur.

Masing-masing tidak tahu tempat yang hendak dituju. Orang yang tahu iaitu si bujang yang nak bertunang itu tidak dapat cuti kerana bertugas di perbatasan. Cuma lakaran peta sahaja diberikan sebagai panduan.  

Maka semua anggota rombongan telah bermuafakat dan sepakat untuk melantik ketua dan berjanji untuk mengikut kereta ketua yang dilantik itu. Terdapat 5 buah kereta semuanya.

Setelah beberapa jam perjalanan, tertanya jalan yang diikuti ketua konvoi telah menyimpang dari jalan yang sepatutnya. Maka tanpa perbincanga dan persetujuan, 2 buah kereta telah keluar dari konvoi dan membuat haluan masing-masing kerana beranggapan mereka lebih tahu akan jalan ke tempat yang dituju.

Dipendekan cerita, hanya sebuah kereta sahaja yang sampai terlebih dahulu di rumah pihak perempuan. Akan tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ketua rombonga yang akan melakukan peminangan masih belum sampai. Bila ketua rombongan dan dua buah kereta lagi sampai, mereka terpaksa pula menunggu sebuah kereta lagi yang tersesat entah ke mana. Mereka terpaksa menunggu kerana di dalam kereta tersebut terdapat cincin peminangan.

Melalui hubungan telefon, kereta yang tersesat itu dapat diberikan panduan dan akhirnya sampai selepas lebih 6 jam anggota lain menunggu. Upacara meminang yang sepatutnya dibuat pada jam 11 pagi, hanya dapat dilakukan pada jam 6 petang.

Apakah agaknya iktibar dari cerita rekaan saya ini ?


25 comments:

  1. ok fine cerita rekaan....hihi....btw....alwys follow ur leader or discuss before doing sumthing sebab kita berkumpulan....

    ReplyDelete
  2. Moralnye, jgn berpecah.. dah ade ketua, follow jer ketua.. klu ade mslh bw berbincang.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sesat pun biar bersama. Jangan berpecah-belah.

      Delete
  3. Moralnya, jangan perasan pandai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. lebih teruk lagi kalau memandai-mandai.

      Delete
  4. owhh rekaan..kalau rumah yg dituju tu dkat kg saya, mungkin kisah ni boleh jadi kisah benar..hehe
    kalau rasa ketua tersasar dari jalan sebenar, bincang balik dan pandu die ke arah yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju .. ketua pun manusia biasa mcm kita juga.

      Delete
  5. Seronok baca, akhirnya rekaan pula.. Jadinya, perlulah ada perbincangan lanjut, jangan berpecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ugama kita juga benci kpd perpecahan dan menitik beratkan perpaduan.

      Delete
  6. Moral2nya :
    1- Harus patuh pada ketua seperti mana yang dipersetujui.
    2- Sekiranya ada masalah, sila bawa berbincang hatta ditepi jalan bawah panas terik pun...
    3- Perancangan awal yang teliti sangat diperlukan. Contohnya boleh google map laluan dulu, sesiapa yang ada waze atau GPS juga boleh membantu dan pastikan alat perhubungan/telekomunikasi berfungsi dengan baik.
    4- Seeloknya kalau tidak pasti, mungkin boleh datang sehari lebih awal...

    Pendapat dari pengalaman saya yang cetek saja, Pak Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt terutamanya point nombor 4 tu ... homestay banyak sekarang.

      Delete
  7. Sepakat membawa berkat...kalau sesat biarlah sesat bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sampai awal pun tak boleh buat apa-apa. Kena tunggu juga semua orang ada.

      Delete
  8. Salam Pakcik,

    Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tiada muafakat. Tiada berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing.

    Macam tu jugak dalam masyarakat kita. Hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.
      Ada benarnya. Masy kini lebih materialistik dan individualistik berbanding 50-60 tahun dulu.

      Delete
  9. Kesimpulannya lain kali minta lokasi rumah sasaran dan set dalam gps. Jangan segan nak berenti dan berbincang. Saya ada pengalaman macam ni. Yang ekor ni nak pi isi minyak pun tak maklumkan pada kereta kepala. Last-last satu kereta sesat ntah ke mana. Haru biru betul. Buang masa dan menambah kepanasan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali berlaku walaupun dah bincang. Kengkadang orang depan sekali bila lampu kuning, makin dipecut. Patutnya berhentilah dulu, tunggu orang belakang.

      Delete
  10. Moralnya... yang berat sama dipikul, yang sesat sama-sama pulang ke pangkal jalan.. jangan nak mandai u-turn sorang-sorang. *boleh pakai ker rumusan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sesangat. Kalau2 ada yg memandai2, rosak jemaah.

      Delete
  11. pegh...lama tu..Bukan mudah nak mendiri kan masjid..jadi dah kawen nanti kena jaga la rumahtangga tu setelah menempuh dugaaan yang mencabar nih..ehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulan awak ini pun boleh juga dipakai wpun isu entri ini adalah berlainan.

      Delete
  12. Kesimpulan saya, semua orang dah tulis. Jadi saya nak buat kesimpulan lain.

    Hm... Kesimpulan saya, Pak Ngah kena buang perkataan "REKAAN" daripada ayat "Apakah agaknya iktibar dari cerita rekaan saya ini?" Baru nampak macam real...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.