Thursday, May 21, 2015

KENAPA JALAN RAYA BAIK TAPI KERAP SAKIT HATI ?

Hujung minggu lepas (15 - 19/5/2015) saya balik ke Seremban kejap. Sebab utamanya adalah untuk meraikan ulangtahun kelahiran Iris yang ke 3 (salah seorang cucu perempuan saya). Saya kalah bila mendengar suara dia kat grup wasap dan juga pujuk rayu makcik pakcik dan nenek dia untuk balik.


Gambar 1: Inilah gambar Iris dengan datuk, nenek, ibu bapa, pakcik, makcik dan sepupu-sepupunya sebelah saya.


Gambar 2: Inilah gambar atuk Iris yang cuba nak berselfie dengan Olaf tapi malu.

Perjalanan balik dari Perlis ke KL dan balik semula adalah lancar. Jalan kurang kenderaan kerana tiada cuti tambahan pada hujung minggu. Tetapi banyak tempat tak boleh bawa laju kerana kerja pembaikan (upgrading) jalan sedang dilakukan di sepanjang perjalanan. Masa ini memang sesuai untuk buat kerja tersebut kerana aliran trafik kurang. 


Gambar 3:  Kita singgah makan tengahari dan solat kat R&R Gurun. KFC ke Ramly ?

Satu perkara yang saya cukup panas hati ialah bila ada pemandu di belakang beri lampu atau hon kat kita berkali-kali semasa kita sedang dalam proses memotong dua tiga buah lori yang memandu perlahan di lorong sebelah kiri di lebuhraya dua lorong. Mereka bukan tak nampak apa yang berlaku di hadapan. Sengaja nak beri orang sakit hati. Kadang-kadang tu sengaja saya perlahankan kereta saya. Padan muka. Nak cepat sangat langsung lambat. Kalau anda kena macam saya, agaknya apakah tindakan yang anda buat ?

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca senyap blog ini. Sesungguhnya kunjungan anda telah memberikan semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berblog.



 Kunjungan semalam adalah seramai 1,345 dan hari sebelumnya 1,109 bagi saya adalah cukup ramai. Terima kasih.


23 comments:

  1. saya juga sesekali bertindak sedemikian. perlahankan kenderaan.... kaadngkala golongan mereka ini y menjadi punca kemalangan pemandu lain..... nauzubillahhiminzalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya buat begitu kalau saya sakit hati sangat .. kalau setakat beri lampu sekali tu, masih boleh saya terima

      Delete
  2. assaamualaikum pak ngah..salam perkenalan.semoga pak ngah sekeluarga sentiasa sihat dan dalam lindungan ALLAH. saya ni silent reader pak ngah yang setiap hari menanti dijendela menunggu entri terbaru pakngah.hari ini baru berani meninggalkan komen.besarlah harapan saya jika pakngah teruskan berkongsi pengalaman dan ilmu dalam blog pakngah..tiada orang lama seperti pakngah tiadalah orang muda seperti kami..sekali lagi salam perkenalan pak ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. salam perkenalan juga dari saya dan terima kasih atas doa itu. Saya terharu dengan sokongan anda itu. Insyaallah saya akan cuba teruskan berblog setakat mana yang terdaya. Sesungguhnya komen awak itu jadi penyuntik semangat untuk saya teruskan menulis.

      Delete
  3. Saya selalu memandu melalui Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, seperti Pak Ngah saya kadang-kadang bila sakit hati datang saya akan perlahankan kenderaan bila org belakang sibuk bagi lampu sedangkan kita juga sedang memotong sambil mengomel kalau nak potong sangat 'terbang jelah' kadang2 tu bukan kereta-kereta besar dan mahal pun sama level dengan kereta saya je tu buat saya lagi geram. Bukan semua berperangai macam tu sebabnya ramai juga walaupun bawa kereta besar dan mahal tetap menghormati pemandu yang sedang memotong kita pun faham undang-undang jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak ramai yg mcm tu tapi cukup dgn 2-3 orang untuk merosakan hari saya.
      Kalau kena orang yg cepat panik tentu besar risikonya.

      Delete
  4. Huhu. Bile ruangan komen pak ngah ditutup dulu, saya jadi silent reader. Sambil komen dalam hatI...

    Hehe.

    ReplyDelete
  5. Huhu. Bile ruangan komen pak ngah ditutup dulu, saya jadi silent reader. Sambil komen dalam hatI...

    Hehe.

    ReplyDelete
  6. Walaupun Pak Ngah dah slow, tapi bilangan visitor masih ramai, power power power

    ReplyDelete
  7. saya dah kawan dgn tuan,,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa .. selama ini saya ingatkan kita dah berkawan.

      Delete
    2. kawan dalam blog laaaa,,,
      hahaha

      Delete
    3. Oh .. terima kasih atas kesudian berkawan dgn warga emas ini. Hehe

      Delete
  8. Assalamualaikum Abg Haji...

    Jalan ni bang haji, medan menguji kesabaran kita, ada orang saya lihat baik orangnya namun apabila di jalan, Allahu Akhbar terkejut saya, marahnya mengatasi kesabarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      Mmg betul kata ustaz tu. Tetapi kalau dah melampau sangat, boleh hilang sabar juga dibuatnya.

      Delete
  9. saya dah komen kat fb,,
    saja datang singgah disini..
    kot2 adalah sebiji dua si harum maniss

    ReplyDelete
  10. kalau saya pun akan buat macam tu jugak. maksud saya sengaja slowkan kereta. biar padan muka kereta belakang yang bagi-bagi lampu tuh. hahahha!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya bukan uncle sorang je yang buat gitu .. hehe.

      Delete
  11. Samalah pak ngah.. memang akan sengaja lambat selambat2nya.. beam la sebanyak mana, honk la sepanjang mana.. ade haku kisah!? huhuu..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.