Monday, May 25, 2015

PENGALAMAN MAKAN ROTI CANAI DAN SERVIS KERETA.

Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini.


Gambar hiasan hasil carian Google.
 

Kisah 1: Makan roti canai.

Sebetulnya saya sudah lama tak makan roti canai di gerai ini sejak menetap di Perlis. Kira-kira 6 bulan lamanya. Ia merupakan gerai roti canai kegemaran saya kerana di samping rotinya yang lembut dan sedap, taukehnya yang juga merangkap penebar roti canai adalah sangat ramah tamah orangnya.


Bila menghampiri gerai tersebut, saya perhatikan gerainya sudah dibesarkan untuk menampung lebih ramai pelanggan. Boleh katakan semua meja sudah berorang. Kenderaan juga banyak berderet diletakkan di kiri kanan jalan.

Pagi itu macam sebelum ini saya terus order dengan taukehnya yang kami telah saling kenal mengenali sebelum ini, tapi dia jawab.

"Abang duduk dulu, nanti budak saya datang ambil order ...".  Dari riak air mukanya, jelas terbayang dia tidak gemar akan perbuatan saya itu.


Selepas makan dan bayar, saya terus belah tanpa menoleh kepada taukehnya dan saya rasa roti canainya tidaklah sesedap dulu lagi. Taukehnya pun tidak mengucapkan terima kasih kepada saya seperti sebelumnya.

Ingat lagi entri ini - Biar Tak Berapa Sedap Asalkan Cepat. Ia sangat menarik dan berkaitan.

Kisah 2: Servis kereta.

Keesokan harinya saya pergi servis kereta saya dekat satu bengkel yang terletak di Rasah, Seremban. Ia menjadi bengkel tetap saya. Semua kereta saya dari dulu hingga sekarang dihantar ke sini untuk diservis atau pembaikan.

Sebaik saya keluar dari kereta yang sudah diletakan dalam kedainya, taukeh dan para pekerjanya silih berganti menegur saya dengan pertanyaan ..

"Apa pasal sudah banyak lama takda nampak ?"



24 comments:

  1. Tandanya?

    Apakah sedikit kejayaan akan menternak kesombongan dan akhirnya membawa kepada kemusnahan? (biasa terjadi di kalangan ORANG KITA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sekali rumusan kakcik dalam bentuk pertanyaan .. syabas kakcik kerana boleh baca apa yang ada dalam kepala saya.

      Delete
  2. susah nak dapatkan padi yang makin berisi makin tunduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nasib baik kat Perlis ni semua padinya macam tu .. hehe.

      Delete
  3. Sedikit keuntungan di dunia, biarlah ianya menjadi kita lebih tawadduk dan rendah diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah tuntutan ugama kita .. malangnya sekarang orang makin berani menyanggahnya.

      Delete
  4. kisah pertama ,,
    tak tahu kenapa hati saya sedih plak membacanya,,
    saya ibaratkan kawan yg sebelumnya baik tetiba menjadi begitu asing,,
    dan tak tergamak nak makan situ lagi,,

    kisah ke2,,
    Kadang yg kita rasa asing,, itulah yang dekat dihati,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan mahukan layanan istimewa. Cukuplah dgn pertanyaan ..

      "Bila balik bang?". Misalnya.

      Delete
  5. saya tak tahu la ape yang saya sampaikan ni, kena tak dengan cerita ni pak ngah.

    bos saya selalu pesan kat saya
    'bisnes yang berjaya ialah seorang klien akan mencari kita berkali-kali dengan masalah yang berbeza tapi kekal dengan kita compare not dengan orang yang carik kite sekali tapi lepas tu tak cari-cari lagi maknanya satu bisnes tu belum berjaya'

    wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat kena. Tepat sekali kata bos awak tu. Pak Ngah sanggup dtg servis kereta kat bengkel tu di Seremban sedangkan Pak Ngah tinggal di Perlis.

      Delete
  6. Bak kata orang sana... Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Dalam kata lain mudah tak sedar diri ..

      Delete
    2. Tak sedaq dighi. gitu ker? Pak Ngah mesti rindu nak berbahasa nogori bila duduk di utara ni kan?

      Delete
  7. semoga kita semakin berisi semakin tunduk..

    Gambar yang Pak Ngah google tersebut adalah gambar seorang gadis pertukaran pelajar dari Italy. Nama beliau Chantal Viola. Ditempatkan di Sekolah Menengah Teknik Aloq Setaq.. Dia boleh tebar roti canai dan buat Teh Tarik. ok. saja je kongsi. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah sekarang mmg cukup berisi .. hehe.
      Tentang gadis dlm gambar tu, Pak Ngah pernah baca kisahnya dlm surat khabar sedikit masa dulu.

      Delete
  8. Itulah bezanya bangsa kita dan bangsa asing berniaga, bangsa saing pelanggan adalah raja bangsa kita tokeh adalah raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 mereka sedar siapakah raja yg sebenarnya.

      Delete
  9. Rasanya faham maksud pakngah. Sekian.

    ReplyDelete
  10. ADA SATU KEDAI ***** KAT MELAKA. MEMANG SANGAT TERKENAL. ORANG PUNYALAH RAMAI. SERVIS CEPAT, TAPI TAK TAU MANA SILAPNYA, BILA ADA CUSTOMER CINA DAH LAMA TUNGGU TAPI TAK SAMPAI-SAMPAI. AKHIRNYA CINA TU JERIT, "APA LU INGAT KEDAI LU RAMAI ORANG TAK BOLEH BANKRUP KA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terlepas pandang yg tidak disengajakan tu ..

      Delete
  11. Selepas Nurul membaca tulisan Pak Ngah ni, Nurul terfikir, pernah tak Nurul bersikap seperti peniaga pertama itu? urmm... ikutkan akal waras ni memang takde.. kalau Allah nak tarik nikmat tu, sekelip mata je.. yang kekal cuma ingatan yang baik.. Sian Pak Ngah.. takyah datang gerai tu lagi Pak Ngah... huhuu.. *Fire stone le plak hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adalah pak ngah nak berkerat rotan utk berkunjung, terutamanya kalau ada orang nak belanja .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.