Wednesday, May 27, 2015

PENGALAMAN SAYA BERVISA SELAMA 30 TAHUN.


Saya mula mengguna kad kredit Visa sejak tahun 1985 dengan Maybank. Tahun ini genaplah 30 tahun saya menggunakan kad tersebut untuk urusan jual beli. Silap. Beli sahaja. Jual tak ada.


Gambar 1: Kad yang sedang berkuat kuasa yang telah banyak memudahkan urusan saya.

Kalau nak kira sebenarnya, saya telah lebih 30 tahun menggunakan kad kredit iaitu mulai tahun 1982. Kad kredit pertama saya ialah American Express dari Riggs National Bank, Washington D.C.  Saya masih lagi menyimpan kad tersebut sebagai kenang-kenangan kerana kalau nak guna dah tak boleh lagi sekarang ini. Herannya di Amerika pada masa itu, kad American Express ini kurang popular di gedung beli belah berbanding kad Visa. 


  Gambar 2: Inilah kad kredit pertama saya dengan had kredit cuma USD2 ribu sahaja sebulan. Saya malu bila tengok pak duta saya gunakan kad American Express yang biasa sahaja bukan kad emas macam saya.



  Gambar 3: Kelihatan Mak Ngah dan anak-anak sedang membeli ikan. Masa kami di USA dulu, kita boleh beli ikan kat pasar menggunakan kad kredit. Di Malaysia pun boleh juga sekarang ini kat Tesco dan Giant.
(Gambar kitar semula)

Ada orang tanya saya apa faedahnya guna kad kredit ini. Bagi saya sangat banyak faedahnya. Antaranya:

1. Kita tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah atau melancong. Itu lebih selamat dan mudah.

2. Memudah urusan. Contohnya nak isi petrol. Tak perlulah kita beratur masa nak bayar dan sekali lagi nak ambil duit bakinya (kalau ada).


3. Kalau terserempak atau berpeluang untuk membeli barang idaman kita yang ada diskaun 75%, kita tak perlu risau kalau tak ada duit tunai.

Namun begitu, saya meletakan syarat yang sangat ketat kepada diri saya dalam menggunakan kad kredit ini, iaitu:

"Saya hanya beli bila saya tahu saya boleh bayar sepenuhnya bila bil datang"


Maknanya selama ini Visa kempunan untuk dapat untung dari denda 'lewat bayar' atau faedah dari saya. Amaun yang paling banyak yang saya pernah gunakan untuk beli satu barang, kalau tidak silap saya bernilai lebih kurang RM21 ribu. Bila terima bil, saya jelaskan semuanya sekaligus sebelum tamat tempoh yang dibenarkan. Bukannya saya banyak duit, tapi saya sudah mengumpul duit beberapa bulan sebelum itu untuk membeli barang tersebut.



24 comments:

  1. beli apa tu tuan 21k. saya cuma guna kredit card untuk beli tiket belon utk balit ke kuching dna beli minyak. beli minyak memang dah budget sebulan berapa. hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya memang dari dulu tak pernah ada kad kredit. Walaupun kawan kawan cerita segala kemudahan guna kad kredit. Bank pun dah banyak kali pujuk rayu tapi saya tak layan. Sebab saya rasa, saya takkan mampu uruskan kad kredit saya dengan betul. Hahahaha..

    Walaupun kengkadang saya rasa kad kredit banyak membantu bila nak travel. Tapi setakat ni, dah survive di empat negara luar tanpa kad kredit. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diri sendiri rasa tak mampu nak uruskan, lebih baik beli tunai shj. itu tindakan bijak.

      Delete
  3. saya pun begitu, tidak berminat langsung nak guna kad kredit ni..
    jika ada duit tunai baru saya beli brg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia cuma alat .. mcm henfon juga. kalau tak pandai urus, mudaratkan diri sendiri.

      Delete
  4. lama tu kan sampai 30 tahun..saya dulu pun ada..tapi dah tutup dah..dan nak pencen ni saya tamatkan la riwayat kad kredit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kehadirannya sedikit pun tidak menyusahkan saya bahkan sebaliknya.

      Delete
  5. PERNAH DULU DALAM TAHUN 2006 MEMPUNYAI KAD KREDIT. TAPI SEKARANG TIDAK LAGI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia sesuatu yg nice to have and not something you must have.

      Delete
  6. Betul tu pak ngah , kena ada displin dalam diri menggunakan kad kredit..
    Saya bila perlu jer guna dan tiada pilihan lain..

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah guna kad kredit, sekarang ni hanya guna kad debit...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad kredit ini senang sikit nak kesan perbelanjaan kerana semuanya ada dinyatakan dlm bil.

      Delete
  8. betul, disiplin penggunaan sangat penting. Sy pernah terjebak penyalahgunaan kad kredit, alhamdulillah, dah berjaya lunaskan semuanya 100% dah dah agak lama sy credit card free. lagipun, sekarang ada debit card, alhamdulillah, masih mudah dah teratur jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah. sila jgn terjebak lagi. saya alhamdulillah tidak pernah terjebak.

      Delete
  9. saya takot guna kad kredit sebab saya impulsive buyer...

    huhu.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Waaaaaaaa barang apakah semahal itu?


    Pssst: akhirnya berjaya komen juga pakngah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kabinet dapur spt jawapan pak ngah pada komen pertama.

      Delete
  11. Amboi, saya lahir2 pak ngah dah zap zap kad kredit ha. Tapi kan, seumur hidup saya ni tak pernah lagi saya ada kad kredit, sebab saya rasa saya takkan dapat kawal diri, so saya limitkan myself to debit kad sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sendiri tak boleh kawal, siapa lagi yg boleh kawal kan !

      jadi awak lahir tahun 82 ke 85 ?

      Delete
  12. Saya tak ada kad kredit, cuma ada kad debit sahaja.

    Saya ni jenis yang tak boleh control dan tak berdisiplin untuk perkara yang berkaitan duit, jadi eloklah saya tiada kad kredit. Kempunan pun kempunanlah, asalkan tak membawa padah kemudian hari.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.