Friday, May 29, 2015

BAHASA MELAYAU TIDAK PELIK # 6: BERULANG-ULANG.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Dalam bahasa Melayu memang banyak kata berganda. Contohnya bukit-bukau, lintang-pukang, kusut-masai dan seterusnya.

Namun kadang-kadang kita bertemu dengan perkataan berganda yang sama maknanya seperti contoh di bawah.

Hilang-lenyap

Hilang dan lenyap bukankah sama maknanya ?

Hasad-dengki

Hasad tu dari bahasa Arab. Maknanya samalah dengan dengki.

Kering-kontang


Kalau dah kontang, mesti kering.

Senyap-sunyi 

Ada ke sunyi yang tak senyap ?

Sunyi-sepi.
 
Ada ke sepi yang tak sunyi ?



Sekali pandang perkataan berganda itu macam pelik dan membazir, tapi itulah dia bahasa kita. Perkataan kedua itu adalah untuk memberi penekanan dan kesan yang lebih kepada perkataan pertama. Dengan kata lain ia bermaksud sangat.  Cuma yang tahu sahaja yang dapat menghargainya dan menggunakannya pada tempat yang betul dan sesuai.




6 comments:

  1. Assalamualaikum Bang Haji..

    Seingat saya ketika saya bercakap dengan sesiapa memang tak guna kata ganda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. Kalau tak guna pun, maksudnya tetap sampai.

      Delete
  2. selalu guna sunyi sepi. hahaha.sapa maksudnya kan

    ReplyDelete
  3. selalu orang bagi arahan "naik atas", "turun bawah"; ada tak naik bawah, turun atas?
    gurau je Pak Ngah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya terpengaruh dengan Bahasa Inggeris kot .. Inggeris akan kata 'go up' sebab 'go' tu boleh pergi macam-macam kalau tak ada perkataa 'up'.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.