Tuesday, June 2, 2015

KENAPA TAYAR SPARE KERETA CUMA SATU ?


Gambar hiasan hasil carian Google.

Kereta kita ada biji 4 tayar. Kenapa tayar spare yang kita bawa hanya sebiji sahaja. Kalau dibuatnya bocor 2 biji sekali, macam mana ? Kalau bocor 3 atau 4 biji sekali, lagilah pening. Habis tu, kenapa kita tak bawa 4 biji tayar spare ? Saya sendiri belum lagi pernah terjumpa ada pemilik kereta yang bawa tayar spare lebih dari sebiji.

Begitulah kita dalam kehidupan ini. Walaupun kita harus membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini, namun persediaan kita itu haruslah tidak berlebih-lebihan atau di luar dari kebiasaanya.

Serupalah dalam kes tayar spare tadi, kemungkinan untuk tayar kita bocor atau pecah lebih dari sebiji dalam satu masa memang ada. Tetapi kemungkinan itu jarang-jarang sekali berlaku. Kalau berlaku juga, ia bolehlah dikatakan sebagai takdir dan perlu tindakan yang berlainan. Misalnya panggil trak untuk angkat kereta ke kedai tayar.

Kesimpulannya, perkara yang amat jarang berlaku janganlah digunakan sebagai sebab untuk kita membuat persediaan menghadapinya, kecualilah kalau tak ada kerja lain. Dengan itu kita boleh tumpukan perhatian dan tenaga kita kepada perkara-perkara yang biasa berlaku atau yang berkemungkinan besar akan berlaku.


Boleh tak kita gunakan (apply) prinsip ini dalam hidup kita seharian ?


7 comments:

  1. Penuh makna tersirat... Nice entry...

    ReplyDelete
  2. kans,,
    kalau dah sekali pancit,, pastu tukar,,,
    kali kedua , ketiga dan ke empat,, panggil jek tow truck,, kita bayar dan itu rezeki mereka.

    dan kalau berteruskan kali ke 5 ,,6 dan seterusnya,,, memang malang nasib mu hari itu..

    smile



    ReplyDelete
  3. kalau duit dah habis, bolehlah kita guna duit 'spare' kita di ASB.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbahagialah orang yang ada spare duit kat ASB ...

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.