Tuesday, June 9, 2015

KENAPA ADA ORANG TETIBA BOLEH JADI KUAT DAN BERANI ?



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Ada masanya kita enggan untuk berbuat sesuatu kerana keletihan atau tidak sanggup melakukannya. Namun dalam keadaan tertentu, kita dengan tiba-tiba boleh jadi bertenaga dan berani melakukannya. 

Apakah keadaan tertentu itu?  Apa yang saya boleh fikirkan, ia boleh berlaku dalam 5 keadaan, iaitu:

1. Takut.

Misalnya orang yang sedang ketakutan kerana dikejar anjing boleh melompat longkang yang luas yang mana dlam keadaan biasa, orang itu tidak mungkin sanggup untuk berbuat demikian.


2. Marah.

Kadang-kadang kerana marah, ada orang yang boleh menumbuk orang lain yang lebih besar badannya dari dia. Misalnya kalau beg tangannya kena ragut. Kalau dia tidak dalam keadaan marah, tidak mungkin dia berani berbuat demikian.


3. Geram.

Perasaan geram juga boleh menyebabkan orang yang lemah dan penakut menjadi berani. Misalnya kalau dia diejek berulang kali, sampai masanya dia bertindak berani memukul orang yang mengejeknya yang sebelum ini ditakutinya.


4. Minat. 

Seorang kaki pancing yang lemah kerana demam tapi bila ada orang ajak dia pergi mancing tetiba sahaja badannya boleh jadi bertenaga dan bersemangat.

5. Ganjaran.

Ada masanya kerana ditawarkan ganjaran yang lumayan, orang yang penakut boleh jadi berani. Misalnya kalau disuruh tangkap seekor ular yang berbisa dengan ganjaran yang lumayan, katalah RM10 ribu, orang yang dulunya sangat penakut dengan ular, boleh jadi berani.


Ada sebab lain lagi tak ?


* Setinggi-tinggi penghargaan dari saya kepada pembaca senyap entri/blog ini.




8 comments:

  1. hehehe.betul tu tuan.saya takut dengan kuching automatik boleh duduk atas meja di kedai makan. tu sebab takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada pengalaman kena gigit kot sebab selalunya orang suka usap kucing ?

      Delete
  2. Last resort, bila takder option lain, nak tak nak kena buat or kena jadi berani. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tiada pilihan .. betul. boleh tambah satu lagi.

      Delete
  3. Bab minat tu memang benar Bang Haji, punyalah minat berenang sanggup pergi walaupun pada masa tu musim hujan, sejuk tolak ke tepi dulu. Itu saya Bang Haji...hihi

    ReplyDelete
  4. Sayang...

    Kalau kita dah sayang penat2 suami atau anak2 cakap nak makan gagah jugak masak walaupun masakan yg mudah.

    Itu sayalah orang lain rasanya macam saya jugak kot...ahahhaaa...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.