" ... kan dah buka tu, nak buka macam mana lagi ?"
Dari nada suara dia, kita tahu isteri kita tidak bergurau. Tetapi kenapa kita tak nampak apa-apa ? Semuanya kelam. Sedikit pun tiada kelihatan cahaya. Kita meraba-raba cermin mata kita. Setelah dipakai tetap gelap gulita.
Kita tidak puas hati. Sambil menggosok-gosok mata kita capai henfon kita. Kita buka macam biasa. Masih tidak nampak apa-apa cahaya pada skrinnya. Bunyi ada. Kita mula panik kenapa jadi begini. Jantung kita bergerak pantas. Kita mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik kepada mata kita. Nafas kita mula tersekat-sekat.
Seterusnya kita tarik langsir tingkap di hujung kepala kita. Biasanya cahaya dari lampu jalan dan rumah jiran akan menerpa masuk melalui tingkap ke bilik tidur kita. Tetapi masih juga kita tidak nampak apa-apa. Gelap. Kita pun menggelabah dan tertanya-tanya apa sudah jadi pada mata kita ?
Begitulah sedikit gambaran, jika Allah menarik kembali penglihatan mata kita yang telah dipinjamkanNya kepada kita selama ini. Dunia akan gelap gelita. Akan timbul persoalan bagaimanakah kita akan meneruskan rutin hidup harian kita. Bagaimana kita hendak melakukan kerja ? Bagaimana kita hendak memandu ketempat kerja ? Dan seribu persoalan lagi yang selama ini kita ambil sebagai hak kita (take for granted).
Gambar sekadar hiasan tetapi berkaitan.
Maka bagi kita yang masih mampu melihat dunia (walaupun mungkin dengan bantuan cermin mata) marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah swt yang telah memberikan kita nikmat penglihatan selama ini dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tanpa sebarang persoalan atau keraguan.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIKH DARI SAYA.
Salam Ramadhan. Selamat berpuasa, bertarawikh dan melakukan lain-lain amal ibadah...
ReplyDeleteSemoga kita masih diberi peluang untuk melalui bulan yang penuh berkat ini sepenuhnya.
ucapan yg serupa juga dari saya kpd Kakcik.
Deleteselamat menjalani ibadah puasa
ReplyDeletenegitu juga kpd puan.
DeleteSepanjang membaca entry ini.. degupan jantung Nurul berdegup kencang juga.. empati dengan apa yang dikongsi.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukur pada nikmat Allah yang tidak terhingga ini.. rezeki bukan hanya pada duit tapi juga pada kesihatan panca indera.. rezeki terlalu luas maksudnya. Terimakasih Pak Ngah sharing ini. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Maaf kiranya ada terlanjur berbicara selama berbalas komen ye Pak Ngah.
menakutkan kan ?
Deleteselamat berpuasa juga dari Pak Ngah serta mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan.
Assalamualaikum Bang Haji,
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa, moga Allah kurniakan nikmat usia kepada kita semua dapat sampai ke penghujung bulan Ramadhan..
Moga kita dapat menggunakan nikmat penglihatan yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita semua kepada perkara yang Allah suka dan menjauhi segala perkara yang Dia benci.
alaikumsalam ustaz.
Deleteterima kasih atas pengukuhan itu. Insyaallah.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.
ReplyDeleteucapan yg serupa juga kpd sdr.
Delete