Monday, June 22, 2015
SONYUM SOKOJAP 73 : MAHU MATI CEPAT ATAU LAMBAT ?
Hari tu saya pergi kedai nak membeli racun rumput. Cadangnya nak racun rumput di keliling rumah yang saya tinggal ini. Sebelum ini saya upahkan orang mesen rumput tapi hasilnya rumput makin naik subur lepas itu. Setiap dua minggu kena upah orang mesen. Mana nak larat.
Berbalik kisah saya nak beli racun tadi, sesampainya di kedai yang saya biasa pergi, saya disambut dengan pertanyaan oleh pembantu kedai tersebut.
"Mahu cari apa ?"
"Racun rumput". Jawab saya pendek.
"Awak mahu mati cepat ka mati lambat ?"
Terkejut saya mendengar pertanyaan itu. Setelah diterangkan baru saya faham. Maksudnya ada racun yang cepat beri kesan dan ada yang lambat nampak kesannya. Lagu saya beli yang lambat nampak kesannya kerana saya fikir kalau lambat nampak kesannya, maka lambatlah tumbuh yang baru.
Semasa pembantu kedai itu mendapatkan racun yang saya pinta, saya bertanya kepada taukeh kedai tersebut ..
"Ada racun yang tak ada bahaya ka ?"
"Mana ada racun tak ada bahaya maa .." jawab taukeh kedai itu dengan pantas.
Saya terus terkedu kerana tersilap tanya. Malu pun ada.