Thursday, June 4, 2015

SIAPA PERNAH BERPERAHU DI SUNGAI KILIM ?

Pada 2/5/2015 yang lalu saya berpeluang buat ke dua kalinya berperahu di Sungai Kilim, Langkawi. Kami naik anak beranak berempat orang sahaja dalam satu bot. Nak kongsi dengan orang lain, tak ada yang kenal. Sewanya hanya RM250 untuk dua jam. 

Sebelum ini saya pernah menaiki bot/perahu di sungai Mekong pada tahun 2012 lalu. Di bawah saya tunjuk gambar saya berdayung di Sungai Mekong sebagai bukti.



 Gambar 1: Saya turut berdayung di Sungai Mekong di celah-celah pokok nipah agaknya. Kalau nak tahu cerita selanjutnya entrinya ada di sini.

Saya rasa pengalaman berperahu atau menaiki bot di Sungai Kilim, Langkawi lagi menyeronokkan berbanding dengan pengalaman berdayung di Sungai Mekong tu. Di Langkawi kawasannya lagi luas hingga ke lautan dan airnya lagi bersih. Ada banyak benda menarik dan semula jadi yang boleh dilihat dan dipelajari.

 

Gambar 2: Jeti dan bot-bot yang tersedia dalam keadaan baru dan baik.

 

Gambar 3:  Bergambar di pengkalan sementara menunggu giliran untuk menaiki bot.
 

Gambar 4: Dengan bantuan jurubot, inilah rombongan kami seramai 4 orang termasuk bendahari saya.


Gambar 5:
Kelihatan bot-bot yang bersimpang siur membawa pelancong di air yang jernih.


Gambar 6: Salah satu tempat singgahan adalah gua yang ada kelawar. Tapi sayang kami terpaksa patah balik kerana air pasang yang menaiki laluan.


Gambar 7: Kelihatan restoran-restoran terapung untuk kemudahan pengunjung yang kebuluran menjamu selera.


Gambar 8: Kita juga sepatutnya melalui gua ini dengan menaiki bot, tetapi kerana air pasang, bot kita tak celus.


Gambar 9: Kelihatan papan tanda "Kilim Geoforest Park" dari kejauhan. 

Seterusnya tiga keping gambar berikut menarik hati saya dan boleh dikira satu sejarah di mana dua orang anak saya menzahirkan kasih sayangnya yang tidak pernah dibuatnya semasa di daratan.


Gambar 10: Songkok Haiqal tak pernah tinggal. Inilah pengaruh baik sekolah agama semasa dia bersekolah rendah dahulu.


Gambar 11: Haifa duduk sendirian berjauhan dari Haiqal.
 

Gambar 12:  Nampak kekok. Kakaknya syak saya yang suruh buat begitu. 


Akhirnya saya ingin tunjukan video yang saya ambil sendiri dan dah pun upload ke Youtube.


 Perhatikan burung helang terbang melayang-layang menyambar makanan di permukaan air. Kalau tak nampak, sila pergi sendiri tengok. Hehe.


Kalau pihak berwajib dapat menambah beberapa tarikan lain di kawasan ini, saya percaya ia akan dapat menarik lebih ramai orang datang berkunjung ke sini lagi dan lagi dari seluruh pelusuk dunia. Misalnya kat salah sebuah dari pulau tu, buat pentas pertunjukkan kesenian tradisional, permainan tradisional atau masakan tradisional dsb.

Nasihat:


1. Kalau sesiapa yang nak datang ke sini, elok datang semasa air surut kerana saya tidak dapat masuk kedua buah gua kerana air tinggi.


2. Bagi perempuan usah pakai kasut tumit tinggi kerana boleh membahaya atau menyusahkan diri sendiri.
 

3. Elok buang air dulu sebelum naik bot, kerana bila sudah berada dalam bot, susah nak buat urusan itu.



8 comments:

  1. assalamualaikum,
    songkok tu yang mahal kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      songkok tu tak adalah mahal sangat. hehe.

      Delete
  2. macam menarik je dah pergi langkawi beberapa kali .{. baru dua kali je} tapi tak pernah naik boat ni lagi.. next trip la kalau ada kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia bergantung pd minat seseorang .. bagi yg gemar alam semula jadi, ia sangat menarik.

      Delete
  3. Langkawi berbelas tahun dah tak pi rasanya macam nak pi cuti raya nanti ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah masa tu ramai orang ke tidak .. kalau mcm masa saya pergi hari tu, tak selesa juga rasanya.

      Delete
  4. PERNAH PERGI LANGKWI SEKALI DENGAN KELUARGA BESAR SAYA.. TAPI TAK PERGI PULAK TEMPAT NI..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.