Monday, May 11, 2015

AKIBAT IKUT SANGAT CAKAP ISTERI.



Beg saya itu harganya tak sampai pun RM30 beli kat Malaysia. Sampai juga kat London. Hehe.

Pernah saya mengikuti rombongan seorang menteri ke luar negara. Pihak kedutaan telah tempahkan sebuah hotel untuk semua delegasi termasuk menteri tersebut menginap.  Menteri itu bawa isterinya. Tetapi isterinya tak suka hotel itu kerana kedudukan tandasnya tidak sesuai dengan citarasanya.

Maka terpaksalah pihak kedutaan mengaturkan hotel baru dan pindahlah mereka berdua ke hotel tersebut. Esoknya semasa lawatan ke satu tempat,  kita bergerak berasingan, bukan dalam satu konvoi. Akibatnya menteri itu sampai lebih awal ke tempat yang dituju. Bila kita sampai, mukanya masam mencuka kerana katanya dia telah lama menunggu kami.


Tulah siapa suruh ikut sangat cakap isteri. Ini urusan rasmi, bukan hal peribadi. Kalau hal rumah tangga, terpulanglah. Saya pun selalu ikut cakap Makngahnya dalam hal membeli barang-barang dapur.



24 comments:

  1. hehehee..... barang dapur kalau tak di ikut kan jawab nya tak berasap dapur nnti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai dapur letrik, mmg tak berasap. Hehe.

      Delete
  2. betul, bila urusan kerja, isterinya tidak patut masuk campur. kalau x suka, lain kali tempah saja hotel berasingan, kos bayar sendiri

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Maaf bebanyak kerana saya telah menimbulkan kesusahan kepada awak .. hehe.

      Delete
  4. Nak buat macam mana isteri tak nak dengar cakap saya bukan saya dengar cakap isteri...ehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga saya kalau2 isterinya turut campur tangan dlm urusan mentadbir negara.

      Delete
  5. lain kali lebih baik jangan bawa isteri..senang sikit nak cuci mata.

    ReplyDelete
  6. siapakah menteri itu...jeng,jeng

    ReplyDelete
  7. ok pak ngah,

    meh saya buat kesimpulan; isteri dia orang yang awal la maknenya?

    *positifkan diri, positifkan diri... hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul mereka yg awal. Itu sebab pentingnya kita duduk dan bergerak secara berjemaah kerana tak adalah timbul siapa dulu siapa kemudian.

      Delete
  8. Teringat citer P. Ramlee " Yes Mem."

    ReplyDelete
  9. Hhhmmm.. apa salahnya dengar ckp bini sesekali #libastdgadailjuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya ada dlm entri saya tu. Cuba baca sekali lagi dgn hati-hati.

      Delete
  10. Bini dia beso gamaknye pak ngah
    Hehee :-P

    ReplyDelete
  11. Saya jadi tertanya-tanya...kedudukan tandas macam manalah si isteri menteri ni nak? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, pintu tandas tu menghadap ke katil. Cam tu lah lebih kurang. Saya pun dah tak berapa ingat. Tapi isunya tandaslah.

      Delete
  12. Erm... susah juga nak komen ni... rasanya lagi senang tukar bilik aje dari tukar hotel kalau issuenya tandas menghadap katil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak senang juga sebab bilik suite bukannya banyak. Mungkin yang ada telah sudah diambil orang.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.