Gambar hasil carian Google.
Saya dapati kebanyakan blog pemberi komen samada sudah tidak wujud lagi, tidak aktif atau sudah berbulan-bulan tidak diupdate. Dari lebih 100 komen yang saya lawati blog mereka, saya dapati tak sampai 10% pun pengomen yang masih meneruskan aktiviti berblog dengan gigihnya.
Saya ucapkan syabas kepada pemilik blog yang masih aktif (maaf kalau ada yang tertinggal) seperti berikut:
1. Kakcik
2. Aujinz
3. Acik Erna
4. Tijah
5. Aku Anak Pahang.
6. Abd Razak
Apakah puncanya terjadi demikian? Adakah mereka kini aktif dalam medium lain seperti fesbuk, wasap atau instagram dll ?
Saya pun barangkaliharusbolehjadimungkinagaknya akan berhenti atau tidak lagi aktif berblog selepas cita-cita saya untuk mendapt sejuta penunjung tercapai nanti. Entahlah ...
Salam Pak Ngah,
ReplyDeleteSaya ni suka membaca, jadi tolonglah jgn berhenti menulis..eh, bukan menaip ke?...saya kecewa bila ramai blogger yang saya minat dah tak aktif menulis...maka saya pun pernah jugak buat entry pertama menulis blog..dan akhirnya dah 3 bulan masih belum buat 2nd entry..hahaha...jadi saya faham mmg bukan senang nak menulis...membaca memang seronok...jadi saya salute kepada blogger yg rajin menulis dan update entry...
Note. Saya juga adalah salah seorang silent reader pak ngah :-)
Pembaca2 mcm awak nilah yang membuatkan Pak Ngah masih terus bertahan. Terima kasih kerana selama ini menjadi pembaca senyap dan hari ini meninggalkan komen. Kalau tidak, Pak Ngah tak tahu pun awak mengikuti blog Pak Ngah ini.
Deletesalam...jangan la berhenti berblog...boring2 saye singgah sini..hihi
ReplyDeleteKalau tak boring pun boleh juga singgah .. hehe.
Deletemungkin mereka sibuk dengan urusan lain. Saya pun kadang-kadang macam tu juga Pak Ngah..hehe..
ReplyDeleteKalau jarang2 update tu oklah tapi ada yg dah tutup terus.
DeleteTuan, saya suka baca blog ni. kalau ada entry terbaru mesti saya baca. komen tu jarang2. suka baca gaya penulisan org lama. teruskan menulis ye tuan
ReplyDeleteSaya terharu. Insyaallah saya cuba tapi mungkin tidak sekerap dulu2.
DeleteSalam Pakngah... keep blogging Pakngah... kalau ruang komen ada open, saya komen, kalau ruang komen takdak, saya baca diam2 je... hihihihi~ ;3
ReplyDeleteSalam kembali. Rasa dah tak seronok berblog sbb geng yg seangkatan ramai yg dah tutup kedai.
Deletekengkadang sy pon malas jugak.. =)
ReplyDeleteItu biasa ..
Deletedekat dah tu nk pencen
ReplyDeleteKalau dpt duit pencen tak apa jugak.
DeleteAssalamualaikum Abg Haji, barangkali mereka sibuk dengan tugas yang lebih utama atau tengah mencari ketenangan dengan berdiam diri. Saya pun kerap ke blog abg haji cuma tidak meninggalkan bekas :)
ReplyDeleteAlaikumsalam. Entahlah. Harap2 begitulah
DeleteSalam Pak Ngah..I'm making a comeback! Sila lah lawat blog saya ...
ReplyDeletehuhu ...harap-harap tidak menjadi hot hot chicken shit! hihihihi...
Salam kembali. Tahniah atas semangat itu. Kipidap.
DeleteSalam Pak Ngah... emmm tajuk tu otai(orang Lama) blogger ke otak blogger... ampun maaf jika tersalah taip... Teruskan lah menulis sebab tulisan Pak Ngah ada isi yang buat kita berfikir dan kadang mengimbau memori lama. Saya pun dah jarang update walaupun kadang banyak benda nak cerita tapi bila nak mngarang ayat huh kadang kelaut je memanjang.... huhuhu sebab tu tabik spring pada blogger yang boleh update setiap hari setiap masa.
ReplyDeleteSalam kembali. Hahaha .. Pak Ngah tergelak. Memang salah eja. Itulah rupanya kalau dah tua ni. Menaip pun dah banyak silap. Terima kasih kerana menegur. Pak Ngah dah betulkan.
DeleteMungkin betul. Ramai dah berpindah ke instagram. Mungkin fb(tak suka fb sangat). Hihi
ReplyDeleteTerima kasih Sha kerana tak melupakan blog ini. Blog awak pulak bagaimana ?
Deletetak semua boleh cerita dalam blog pak ngah, kemungkinan kenapa jarang sangat orang berblog skrg ni...
ReplyDeleteBanyak juga blogger baru yg muncul cuma Pak Ngah yg dah malas nak ikut.
Deletesyukurlah uncle masih meng update. hehehe~
ReplyDeleteSyukurlah awak masih sudi singgah ..
DeleteRasanya ramai yg dah berhenti berbelog sebab niat dari awal kot...
ReplyDeleteKalau niat dari awal memang sekadar suka-suka nak kawan baru dan luaskan network, bila dah tercapai maka berhentilah berbelog.
Tapi kalau niat dari awal nak berkongsi pengalaman, nak kongsi idea, suka menulis/melukis, nak melepaskan pandangan peribadi, maka walaupun sibuk macam mana sekalipun rasanya takkan berhenti berbelog, kan?
Just my 2 sen :)
Terima kasih atas pandangan itu. Mmg niat dari awal spt yg anda katakan itu tapi bila kita dapati kawan2 yg dah serasi dan mesra dgn kita sudah berhenti berblog, semangat itu kian hari kian luntur.
DeleteRamai yang dah malas nak ber blog uncle. Bukan blogger otai jer. Ramai juga saingan saya masa memula berblog dulu dah stop blogging. Mungkin ada medium lain yang lagi best dari blog macam FB dan Instagram. Cer uncle bukak acc instagram plak ☺
ReplyDeleteUncle mmg dah lama bukak akaun fb dan instagram atas nama penuh.
Delete