Hari ini (22hb. Disember) bermulalah musim sejuk di negara-negara hemisfera utara. Ramai petani-petani mereka yang kaya raya akan melarikan diri ke tempat-tempat yang bercuaca panas. Manakala orang yang dari negeri bercuaca panas pula, ramai yang bercuti kesana. Begitulah resam manusia, sentiasa ingin merasa apa yang mereka belum rasa atau yang tak ada pada mereka.
Saya rasa, dalam banyak-banyak gambar dalam simpanan saya, gambar bersama salji adalah paling banyak kerana bila jumpa sahaja salji, tak kira dekat rumah, pejabat, kompleks beli belah, lapangan terbang, tepi jalan dsb, pasti akan bergambar. Al-maklumlah kat Jempol mana pernah ada salji. Begitu juga kat kampung Makngahnya di Perlis. Tapi tak tahulah masa akan datang. Itu semua kuasa Allah. Jadi jangan jemu kalau melihat gambar orang kampung gila berjumpa salji.
Gambar 24: Buka je pintu dah berlonggok salji. Tak perlu pergi jauh-jauh.
Gambar 25: Tengok tu .. salji dah beku berjuntaian dari cucur atap.
Gambar 26: Saya datang ke sini atas tugasan menguruskan pelajar Malaysia yang hadapi masalah gangguan jiwa.
Gambar 27. Tepi jalan pun jadi juga ambil gambar.
Gambar 28: Di Andrew Airport Base, Maryland bersama kawan-kawan sepejabat menyambut ketibaan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
Gambar 29. Bergambar di sebelah kereta sapa ntah, janji nampak salji.
Gambar 30: Di belakang tu kelihatan rumah perahu tempat orang jual ikan segar. Ketamnya masih hidup lagi. Di sinilah saya mendapat bekalan hasil laut yang segar dan murah berbanding di pasar raya.
Gambar 31. Bergaya memegang gumpalan salji yang terkumpul di bumi. Lalu teringat air batu kepal kat Malaysia, tinggal bubuh sirap je.
Akan ada lagi saki baki gambar berkaitan salji dalam simpanan saya yang akan saya siarkan. Insyaallah. Entri tentang perkara yang sama yang pernah tersiar ada di sini dan di sini.