Monday, June 14, 2010

"TAKE FIV5" - TULISAN KU TIDAK CANTIK.



dua dah selesai. tinggal dua lagi.
cuma yang dibimbangkan, dia orang tak boleh baca tulisan saya.
sebab tulisan saya boleh dikategorikan sebagai buruk.
ada orang kata ..
mereka yang tulisannya buruk mempunyai otak yang cerdas.
fikirannya jalan dulu.
tangannya terpaksa mengejar fikirannya.
lagi laju otaknya berfikir, lagi laju tangannya terpaksa mengejar.
kadang-kadang tangannya tergelincir.
itu sebabnya tulisannya buruk.
saya sangat percaya dengan kata-kata ini.
sebab tulisan saya sangat buruk.
hinggakan kekadang saya sendiri pun tak boleh baca.

sebaliknya orang yang tulisannya cantik, dia orang kata berotak lembab.
sebab tangannya terpaksa menunggu fikiran dia.
dengan itu tangannya boleh menulis sambil bersenang-lenang.
sambil menunggu otak dia berfikir dan
membuat keputusan apa yang hendak ditulis.
sebab itu tulisan dia cantik.
dia orang kata lah kan !


siapa yang tulisannnya cantik tu, mengaku sahajalah !


Perhatian: Tulisan di atas adalah sebagai hiasan. Bukan tulisan saya sebab tulisan saya lagi buruk !

52 comments:

  1. Salam kembali..catat la tuan pergi mana ??

    sekarang dah susah nk jumpa tulisan cantik !

    ...mana da org main tulis tangan lagi !semua kena dibantu dgn 'papan berkunci'

    ...sekali kena PTK tulis tangan ...rasa nak bengkok urat saraf jejari !

    p/s : igt tulisan doktor tadi !

    ReplyDelete
  2. betul la tu. orang tulisan buruk ni otak cerdas.tak payah ambik contoh jauh², ambik contoh saya sudah.sentiasa cerdas.hehe

    ReplyDelete
  3. bgmana agaknya tuan punya PA ...sian dia dok ulang alik mcm br belajar mengeja !!

    ReplyDelete
  4. abesla orang bawahan tuan haji..kelam kabut nak translate minit tuan haji kepada mereka..last-last mereka anggap " makluman sahaja" huhuhuhuh....

    ReplyDelete
  5. wah...seronok nya..pertama kali tau ni..harus akan di berikan pengetahuan ini pada orang2 yang asek mengutok kata tulisan saya burok..terima kasih banyak en.hamzah..

    ReplyDelete
  6. en hamzah ni same la cam exboss hajar sebelum ni tulisannyer Ya Allah susahnyer nak paham.. tp lama kelamaan dah leh paham dah... ;d

    ReplyDelete
  7. Tulisan saya mmg sedia buruk!
    hik hik hik

    ReplyDelete
  8. tuan,
    ni yang tak sedap baca ni, saya kalau tulisan anak murid buruk cepat je jari budak tu kena ketuk sebab pening nak baca nye...
    biasanya kalau bebudak kat sekolah tu yg tak boleh baca tulisannya kompom masuk klas untuk dipulihkan...

    ReplyDelete
  9. tulisan orang pandai memang gitu kot?

    ReplyDelete
  10. tuan haji, tuan haji tukar template blog kan..camne tuan haji install semula nuffnang??

    ReplyDelete
  11. saya nak jawab komen ibuintan dulu.

    entri ini saya letak bawah label "entri syok sendiri". saya tulis sebenarnya untuk menyedapkan hati sendiri sebab tulisan saya buruk.

    saya juga mengagumi tulisan yang cantik dan rasa tak senang melihat tulisan anak2 saya yang buruk.

    anggaplah entri saya ini sebagai entri orang loyar buruk dan tindakan cikgu itu adalah betul.

    ReplyDelete
  12. Tulisan saya buruk. Kalo dh lama tinggal sesuatu nota tu jenuh nak ingat balik apa saya tulis sbb tak boleh nak baca...

    ReplyDelete
  13. ikan emas

    saya tak pergi mana, cuma buat persediaan untuk periksa. ada dua kertas lagi belum selesai iaitu pada 19 dan 20 ini. lepas itu cuti. semester 6 iaitu semester akhir akan bermula 18 Julai. hari ini saya nak break kejap selepas selesai dua kertas.

    masa jawap soalan mana boleh jawap guna papan kekunci. itu yang habis "terpele'ot" jari jemari tu.

    ReplyDelete
  14. salam uncle,

    tulisan ain pun macam cakar ayam, tapi kemas....

    camne tuh?

    hahaha.....

    papepun ain tetap suka dan jeles dengan mereka mempunyai tulisan yang cantik...

    ReplyDelete
  15. hehehe. nasib baik tulisan saya buruk

    ReplyDelete
  16. ikan emas 2

    eh .. awak ada dua soalan. biasanya surat2 saya taip sendiri guna papan kekunci.

    ReplyDelete
  17. mrpenyubiru

    saya percaya .. samalah kita !

    ReplyDelete
  18. sahromnasrudin 1 & 2

    ada le komplen sikit2 .. biasalah. pasal nuffnang tu, memang dah ghaib. saya pun tak tahu nak install balik. kena minta tolong anak ni !

    ReplyDelete
  19. kakerna

    seburuk2 tulisan kak erna, buruk lagi tulisan saya.

    ReplyDelete
  20. hajarus

    adakah otak exboss hajar tu cerdas macam saya ? hehe

    cantik gambar2 hajar kat Cameron Highland. macam heroin hindustan !

    ReplyDelete
  21. si tedi

    saya tak percaya .. tulisan orang perempuan lebih2 lagi yang sayang kat kucing selalunya cantik !

    ReplyDelete
  22. sayangsayangibu

    jangan pula awak sengaja nak mentidakcantikkan tulisan awak !

    ReplyDelete
  23. echam

    maknanya tulisan saya lagi buruk, sebab baru saja tulis dah tak boleh baca !

    ReplyDelete
  24. tijah

    abang dah agak dah, awak akan cakap macam tu. lepas ni jangan marah kalau tulisan cem tak cantik!

    p/s: awak pun tukar template gak ..

    ReplyDelete
  25. ain

    salam kembali. ada 4 kategori tulisan.

    1. cantek boleh baca
    2. cantek tak boleh baca
    3. buruk boleh baca
    4. buruk tak boleh baca.

    maknanya ain jatuh kategori 3 lah kan ?

    uncle tetap dalam kategori 4.

    boleh buat satu entri baru pulak jawapan uncle ini kan ?

    ReplyDelete
  26. salam..
    tulisan saya agak cantik
    boss say apun puji cantik
    bab otak tak tahu la pulak
    setakat ni rasanya tidaklah
    sepandai doktor
    he he..

    ReplyDelete
  27. Huhuhu.. sahlah kakcik masuk dalam kategori berotak lembab! :(

    ReplyDelete
  28. Iyalah tu bang. Saya terpaksa sokong sbb tulisan saya pun buruk walaupun tak seburuk tulisan abg hehehe

    Ada org kata saya cakap laju sbb otak saya fikir laju. Rasa2nya org yg cakap laju ini berfikir lebih laju dari org yg tulisan buruk sbb cakap tu senang sikit dari menulis
    hahaha

    ReplyDelete
  29. zulkbo

    salam kembali. tahniah kerana dipuji oleh boss, bukan senang nak dapat pujian boss.

    bukan doktor je pandai tau. cikgu lagi pandai, sebab doktor pun dulu belajar dengan cikgu !

    ReplyDelete
  30. kakcikseroja

    janganlah cakap macam tu .. komen balas saya kepada komen ibuintan adalah berkaitan.

    ReplyDelete
  31. YB

    saya tak percaya langsung tulisan seorang arkitek buruk. awak sengaja cakap macam tu, sebab
    takut terperangkap !

    kali ini kita hanya bicara tentang tulisan bukan cakap. awak ni laju sangat !

    ReplyDelete
  32. tulisan para Dr lagi buruk....
    :)
    kadang2 sendiri pun tak boleh baca...

    ReplyDelete
  33. drsinga

    ini lagi bahaya .. takut salah beri ubat pulak nanti !

    ReplyDelete
  34. wew..mne bleh kire cmtu..if da tulisan cantik cane..heheee

    ReplyDelete
  35. nani

    sila rujuk jawapn saya kepada komen ibuintan ! hehe

    ReplyDelete
  36. saya selalu jeles dgn org yg bertulisan cantik sbb tulisan sy buruk..huhu!

    ReplyDelete
  37. betul3.. sy dah lama x menulis..

    ReplyDelete
  38. makdara terdiva

    selalunya diva ni tulisan dia cantik .. ! yang penting boleh baca dek orang dan diri sendiri.

    ReplyDelete
  39. maiyah

    memang saya pun teramat jarang menulis .. tu lah bila terpaksa menulis, jari jemari terasa kaku pulak.

    ReplyDelete
  40. macam tulisan doktor, orang lain kena pandai baca.. sebab nak bagi ubat. Kalau tulisan tak cantik orang panggil cakar ayam.

    ReplyDelete
  41. endiem

    cakar ayam juga adalah sejenis kuih kan ?

    tulisan doktor tak perlu cantik, yang penting preskipsinya betul.

    ReplyDelete
  42. betul tu pakcik.memang saya pun difahamkan macam tu jugak.

    [tulisan saya tak cantik.slalu tegur ngan ayah kalo dia semak buku latihan saya.skang sy nak suruh dia bce entry pakcik.heheheh]

    ReplyDelete
  43. tulisan tangan saya cantik..
    lembap?
    lembap la kalau nak membaca tulisan cakar ayam yang ayam pun tak boleh nak baca...
    :)

    ReplyDelete
  44. mimie

    pakcik nak dengar apa reaksi ayah mimie bila baca entri ini !

    ReplyDelete
  45. aklcitizen

    jangan ambil hati entri saya ni cikgu. saya tulis sebenarnya untuk melepas diri sendiri. saya tetap hormat orang yang tulisannya cantik. saya pun kadang2 cari anak saya yang tulisan dia cantik sikit, bila saya kena isi borang tertentu.

    p/s: tulisan macam mana cantik sekalipun ayam tetap tak boleh baca. hehe

    ReplyDelete
  46. Salam bang.

    Saya bukan akitek. Dulu pernahlah jadi juruTERA. Skrg dah jadi juruDERA. Semua gara2 tulisan tak cantik - T dah jadi D hehehe

    ReplyDelete
  47. YB

    Orang lain mati-matian tak mahu mengaku mendera tapi awak secara sukarela dan senang hati mengaku, bukan setakat pendera tapi JURUDERA. Syabas atas kejujuran awak !

    ReplyDelete
  48. ada juga org kata, (dlm artikel)
    tulisan buruk, orangnya cantik...


    .
    .



    err... tiba2 nak tulis buruk2 :D



    .
    .


    .
    .


    .
    .


    eh.. tapi kan... tuan jgn slh faham.. org tu kata tulisan buruk, orgnya cantik.. tak pula dia kata, tulisan buruk, orgnya hensem...



    ;D

    ReplyDelete
  49. alahai! Bukan tulisan pakcik Hamzah ke? Saya ingat tadi dah betul tulisan pakcik...

    Macam tulisan doktor ok!!..:)

    ReplyDelete
  50. Saya tak tau la Pak Ngah sindir tulisan buruk ker apa ni, tapi seriusly dari zaman sekolah tulisan saya mmg sangat buruk, kat kolej pun lecturer siap warning nak tolak markah test kalau saya tak baiki tulisan. Sekarang lagi la haru berzaman tak pegang pen, menaip jer manjang.

    ReplyDelete
  51. Yang penting boleh di baca dan faham apa yg di baca

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.