Friday, August 15, 2014

HARI INI ADALAH HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN SAYA.

Pada hari ini dan bulan ni di tahun 1980, saya telah mendirikan rumahtangga atas dasar suka sama suka orang lain tak boleh kata apa dengan Makngahnya.  Dengan itu hari ini diam tak diam, genaplah 34 tahun usia perkahwinan kami. Rasa macam baru je 30 tahun kami berumahtangga. Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kami masih lagi dapat menikmati keindahan kehidupan berumah tangga hingga ke hari ini.

Entri kali ini saya nak kemaskini dua perkara sahaja kerana sejarah rumahtangga kami sudah ceritakan di sini dahulu.

1. Kini kami dah berpindah tinggal di Perlis.

2. Kami dapat seorang lagi tambahan cucu perempuan pada bulan Mei lepas.
 

Edisi terbaru cucu saya berada di tengah-tengah.

Saya mohon doa tuan/puan agar rumahtangga kami kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa. Amin. Terima kasih.


27 comments:

  1. Amiin..semoga terus bahagia disamping keluarga..

    ReplyDelete
  2. slmt ulang tahun perkahwinan yg ke 34 pakngah n mak ngah
    pada hari bahagia pakngah tahun 1980, saya baru berumur 8 bulan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih. Awak hampir sebaya dengan anak sulung Pakngah.

      Delete
  3. semoga perkahwinan pakngah dan makngah berkekalan aman bahagia hingga keakhir nyawa...selamat ulang tahun perkahwinan ke 34.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Tn Hj dan Pn Hajjah. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Ilahi dengan kurniaan kesihatan yang baik dan limpahan rezeki yang diberkati. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaca entry Tn Hj --> SUDAH 30 TAHUN D.I.A MENJADI ISTERI KU !
      dan melihat gambar2 uploaded...buat saya tersenyum sendiri. Tahniah...tahniah...(without prejudice)

      Delete
    2. Tkasih atas doa tersebut. Diharap awak pun begitu juga.

      Delete
  5. Tahniah pakngah & makngah.. Semoga mahligai yg dibina terus diberkati dan dilimpahi rahmat drNya dan kekal mekar dan berseri hingga ke syurga.. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih atas ucapan dab doa tersebut. . Moga2 diperkenankanNya. Aminnn.

      Delete
  6. Alhamdulillah..syukur di atas kenikmatan rumahtangga yang bahgia selama 34 tahun yg telah dianugerahkan Allah. Tahniah diucapkan moga bahagia sentiasa dan menjadi contoh kepada anak² dan cucu Pank Ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih banyak atas doa dan ucapan tersebut. Harapan saya juga supaya anak2 mencontohinya.

      Delete
  7. Alhamdulillah... nanti bagi tips tahan lama ya? (tahan lama perkahwinan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi alamat .. saya nak hantar melalui poslaju .. hehe.

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan dan ucapan tersebut.

      Delete
  9. Semoga sentiasa di bawah lindungan Keberkatan dan Rahmah ALLAH dunia dan akhirat..aminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa tersebut. Semoga Abil juga segera menamatkan zaman solo.

      Delete
  10. Syukur alhamdulillah... Pak Ngah dan Mk Ngah moga terus diberi kesihatan yang baik dalam mengharungi kehidupan. Sedangkan lidah lagi tergigit setakat gaduh2 manja tu biasalah kan...

    Tambah cucu tak apa tambah isteri jangan bukan apa Perlis tu dekat sangat nak langkah sempadan. Tak habis sebatang rokok pun.


    Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat Pak Ngah dan Mak Ngah moga bahagia kekal abadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan dan doa Jun itu. Insyaallah Pak Ngah akan cuba ingat pesanan Jun itu. Tapi tak berani janji. Hehe.

      Delete
  11. Alhamdulillah tahniah dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 34 tahun. Orang muda sekarang patutnya belajar daripada Pak Ngah bagaimana nak memanjangkan dan hidup berumah tangga dengan penuh rukun dan damai sekeluarga sehingga akhir hayat. Banyak tips yang boleh Pak Ngah turunkan supaya dapat di jadikan tauladan mana yang baik dan mana yang tak baik tu jadikan sempadan supaya tak buat. Apa pun memang tabik spring2 le pada Pak Ngah supaya kehiudpan Pak Ngan dan Mak Ngah yang cun melecun berpanjangan semuga Allah memberkati dan merahmati kehidupan Pak Ngan sekeluarga. Ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa dan ucapan awak itu. Tak berani Pak Ngah nak nasihat kan orang kerana masing2 ada masalah dan cabaran yg berbeza. Pak Ngah hanya bercerita. Yang baik buat tauladan dan yang buruk buat sempadan.

      Pujian cun melecun tu agak berlebihan. Cun sahaja sudahlah .. hehe.

      Delete
  12. Tahniah PakNgah dan MakNgahnya, semoga kekal bahagia dan sweet gitu till Jannah ^^
    Wah, pada tahun 1980, saya belum wujud lagi kat dunia nih... tahun 1980 parents saya sambut wedding anniversary ke-8... hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anakanda. Hehe.

      Jadinya berapakah umur ayah awak sekarang ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.