Monday, October 6, 2014

INI ENTRI KONTROVERSI - LEBIH BAIK NAIK HARGA DARI LANGSUNG TAK ADA.

Sambutan hari Raya Haji tetap meriah di sini. Sehari sebelum itu, iaitu hari Sabtu jalan sungguh sesak menuju ke pasar sehari Balai Baru dengan kenderaan orang ramai bertali arus berurusan membeli persiapan raya.


Gambar 1:  Pertama kali saya tengok sesak sebegini.

Sembahyang raya juga penuh masjid. Kereta yang diletakkan di sepanjang jalan menuju masjid sudah tidak lagi ikut peraturan. Tapi toleransi dan kesabaran orang kampung sangat tinggi. Tiada langsung bunyi hon atau orang meninggi suara. Masing-masing sabar menunggu di dalam atau di samping kereta masing-masing.


Gambar 2: Saya bersembahyang di Masjid al-Saadah.

Selepas sembahyang raya, saya membantu jiran depan rumah yang membuat korban. Hujan pulak 80% dari masa siang. Saya perhatikan semangat bergotong royong masih lagi tebal di sini.
 

Gambar 3:  Kelihatan kaum ibu sedang tekun menyediakan lauk pauk untuk makan tengahari.

Saya tidak mendengar ada orang bercerita atau mengeluh tentang kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen beberapa hari sebelum ini. Tidak seperti ramai rakan-rakan di fesbuk yang menyatakan kemarahan masing-masing kecuali seorang dua yang menyokong. Sampai ada yang mengajak tukar kerajaan. Janganlah jadi seperti rakyat Iraq atau Libya yang seronok sangat nak menjatuhkan Saddam dan Gaddafi dahulu. Apa jadi sekarang ?
.

Gambar 4:  Luahan perasaan seorang pemegang akaun fesbuk kerana kenaikan harga minyak.

Mungkin bagi orang kampung yang buat bendang, yang ke sana kemari rata-rata naik motor kapcai, kenaikan harga itu tidak berapa terasa. Kalau pun terasa, mungkin mereka akan ejas dengan cara mengurangkan hisap rokok sebatang sehari.  

Atau mungkin juga mereka bersyukur kerana minyak masih lagi boleh dibeli dimana-mana steseyen minyak pada bila-bila masa. Kalau sudah tidak lagi dijual, duit berjuta pun tak guna. Orang kita kalau tunggu sejam untuk isi minyak pun sudah bising satu Malaya, saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi kalau tiada minyak.


Gambar 5: Ini pernah berlaku kat UK.  Sumber sini.

Setelah pernah tinggal di luar negara dan melawat banyak tempat di dunia ini, saya masih lagi menyatakan negara Malaysia adalah yang terbaik. Saya langsung tidak teringin untuk tinggal menetap di mana-mana negara yang pernah saya tinggal dan lawati.  Melancong bolehlah. Bahkan ada juga saya terdengar orang mengatakan Malaysia ini adalah ibarat syurga berbanding negara lain. Kalau tak percaya tanyalah orang Bangla, Myanmar, Nepal, Filipina, Kampuchea, Indonesia dan lain-lain yang mencari makan di negara kita.


Gambar 6:  Beratur untuk mengisi minyak di Abuja. Sumber:  Sini



 Gambar 7: Kelam kabut untuk mengisi minyak motor di Sulawesi Selatan. Rasanya Indonesia turut menjadi ahli OPEC.  Sumber: Sini.


Pada masa ini kira-kira 50% dari 1.2 billion orang penduduk India tidak ada tandas di rumah dan membuang air besar secara terbuka.  Pada hal mereka lebih dulu merdeka dari kita bahkan India merupakan antara negara yang terawal bertamaddun di dunia ini.

 

Gambar 8: Hampir 600 juta orang penduduk India membuang air besar secara terbuka kerana tiada tandas di rumah. Sumber:  Sini


Saya percaya kalau kerajaan India menaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter dan wang itu digunakan untuk menyediakan tandas percuma kepada rakyatnya, dalam masa 2-3 tahun sahaja masalah tandas itu boleh diselesaikan. Saya rasa itu lebih afdal lagi dari melaksanakan program pergi ke Mars yang kerajaan mereka laksanakan itu.



Gambar 9: India melancarkan misi ke Mars:  Sumber: Sini

Hairannya orang-orang India yang tidak bertandas di rumah mereka itu, tidak pula bertindak berarak di jalan raya melaunngkan reformasi untuk menukar kerajaan.


20 comments:

  1. Dalam dunia ini kita takkan dapat semua benda yang kita mahukan. Perlu belajar bersyukur dengan setiap rahmat yang Allah berikan.

    Satu lagi, setiap tahun gaya hidup kita sendiri berubah tapi agak pelik apabila benda-benda di sekeliling kita mahukan ianya statik tak berubah-ubah.

    Pandangan saya yang tak sekolah tinggi 🙌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu pandangan yang cukup bernas. Mana mahu berubah sebab sudah senang dengan gaya hidup semasa. Saya banyak jumpa orang yang pendapatannya mungkin 1/5 dari saya tapi tengok rumah dan gaya hidupnya kalah saya. ASTRO yang lebih seratus sebulan, telefon pintar setiap tahun bertukar, rokok tak mahu berhenti.

      Delete
  2. Life must go on. Selamat Hari Raya Aidiladha

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar .. rezeki kita telah dijamin oleh Allah dengan syarat terus berusaha.

      Delete
  3. terima kasih pak ngah, entry yg menyentuh akal..syukur suami ke tempat kerja naik kapcai, perjalanan ambil masa tak sampai 10..tapi agak terasa jugak bila nak balik kg.full tank dari 70-80 dah naik ke rm 100..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena adjustlah mana yang patut .. kerajaan buat bukan untuk suka-suka.

      Delete
  4. salam pakngah,

    saya pun tak lah menyokong penarikan balik subsidi 20 sen tu, tapi walaupun terasa terbeban jugak dek kerana tinggal di bandar, itu tak menjadikan saya seorang yang melepaskan kemarahan tak kena gaya di media sosial. tak ke mana pun rasa nya nak marah-marah macam tu. hidup kat kampung memang seronok...saya nak migrate kampung lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      siapa yang suka harga minyak dinaikan selain pengelujr minyak. kalau boleh semua harga barang nak turun dan gaji dinaikkan. tapi apakah itu satu harapan yang realistik.

      duduk kampung memang seronok, tenang dan aman. mailah duduk Peghelih !

      Delete
  5. Ada betulnya entri Pak Ngah. Tapi pada pandangan saya, dalam keadaan sekarang ini tidak wajar dinaikkan harga minyak. Kenapa?

    1. Walaupun majoriti rakyat Malaysia dianggap sebagai sederhana, tidak kaya tidak miskin, namun tidak dinafikan yang majoriti itu juga masih terikat dengan bebanan hutang. Mahu belajar, kena berhutang ribu riban. Mahu beli kereta, walaupon jenis kereta yang macam proton, kena berhutang juga. Mahu beli rumah, pon kena berhutang kerana rumah teres sahaja sudah setengah juta. Zaman kami nanti mungkin boleh mencecah 6-7 ratus k. Jadinya ia agak tidak relevan dalam keadaan semasa ini memandangkan aliran duit yang keluar sedikit lagi menyamai duit yang masuk. Tambahan pula gst sudah diperkenalkan. Saya rasa kenaikan harga minyak pada masa ini kurang sesuai. Mungkin beberapa tahun lagi sekiranya masalah yang melibatkan kewangan untuk rakyat sudah selesai. Contohnya harga rumah turun, harga kereta turun dan so on.

    2. Hmmm.... berkaitan subsidi, mungkin yang dua puluh sen itu akan dikembalikan semula melalui bantuan etc. Namun pada saya, haruslah dibezakan mana satu golongan yang layak mendapat subsidi dan mana satu golongan yang tidak layak mendapat subsidi. Sebagai contoh, tak wajar untuk golongan kaya turut sama menikmati subsidi, jujurnya saya rasa golongan berpendapatan sederhana dan golongan miskin harus didahulukan. Lainlah itu bantuan belajar, saya rasa semua orang layak mendapatkannya asalkan result cemerlang.

    3. Bagi saya harga minyak Malaysia juga tak wajar dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak memandangkan malaysia ini negara pengeluar minyak. Maksud saya, sebagai contoh sekiranya kita bandingkan di tepi pantai dan di kawasan pergunungan. Dikawasan manalah harga ikannya murah? Semestinya di tepi pantai bukan :). Maka tak hairanlah berlaku masalah tiada minyak di negara yang Pak Ngah sebutkan itu, lainlah sekiranya minyak betul betul habis untuk negara pengeluar. Menurut kajian, minyak Malaysia mungkin habis dalam masa 50-100 tahun kalau tak silap saya, maka nanti mungkin harga minyak jauh lebih mahal.

    4. India. India menurut saya bukannya apa sangat, cuma masalah jurang ekonomi itu ketara sangat. Kalau miskin biasanya illiterate. Bila illiterate ilmu itu kurang dan inilah jadinya, kebersihan tak diutamakan. Saya rasa itu sebenarnya adalah masalah kerajaan India sendiri, terpulang pada mereka macam mana hendak selesaikannya kita cuma mampu tolong sikit sikit saja. Itupun kita biasanya lebih fokus kepada masalah sendiri dahulu.

    Itu sahaaj two cent saya, takde kaitan langsung dengan politik cuma memberi pendapat sahaja. Lagipon saya juga tidak suka berperang di alam maya jika melibatkan politik ini. Membuang masa dan menjengkelkan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pendapat yang jujur itu. Pakngah suka ..
      Sebenarnya ada alternatif lain untuk menambahkan pendapatan kerajaan. Cara yang paling segera dan berkesan (tapi menyakitkan) ialah mengelakkan pembaziran. Pakngah tahu banyak perbelanjaan kerajaan yang boleh dijimatkan. Pada masa yang sama rakyat juga jangan membazir.

      Delete
  6. Salam Pakcik. Bila sy baca entri Pakcik ni then tiba-tiba tgk label tertulis SINIS, ok...sy dah fhm. Hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Pakcik tahu awak memang seorang yang cerdik. Dah lama dah perasan.

      Delete
  7. Replies
    1. Pemerhati juga diperlukan .. tapi harus bertindak bila perlu.

      Delete
  8. Perihal ajak tukar kerajaan dek sebab kenaikan harga minyak sebanyak 20sen itu menarik. Saya punyai kesangsian, kumpulan yang mana yang ada dalam negara sekarang ini yang agaknya mampu kensel penambahan 20sen itu, atau malahan jadikan harga minyak "banyak murah" untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nampak selagi pengeluaran dan permintaan terhadapnya tidak berubah secara signifikan. Kalau pun diturunkan.pasti benda atau tempat lain pulak dinaikan.

      Delete
  9. Salam Aidil Adha Uncle skeluarga, terima kasih kerana masih ingat jenguk blog saya, saya je yg dah lama tak jenguk blog uncle, uncle n aunty sihat? Alhamdulillah.........harap sentiasa sihat hendaknya... Uncle, sepatutnya kite sbg rakyat Malaysia haruslh bersyukur, kerana jika dibandingkan dgn negara lain, Ya Allah lagi kesian kan... lagi hebat dugaannya berbanding negara kita, naik 2 kupang Alhamdulillah la ckp.... kan.. jgn lah jadi seperti negara lain yg hebat dgn perang sana sini, tak abis2 n hentinya... bersyukur selalu la wahai mereka2 yg bercakap ikut sedap mulut... Subhanallah...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Nanti dia orang akan jawab "kalau kita mengkritik bukan bermakna kita tidak bersyukur". Logik mana yg dia orang ambil entahlah.

      Delete
  10. Tak mau citer pasal harga minyak naik..syblebih tertarik kisah AL bersolat raya dan sambutan Aidil Adha..rasa sedih kerana saat org sedang berkorban..abah saya kemalangan dan meninggal dunia sebelum sempat melihat lembu kroban arwah disembelih..mudah2an Allah tempatkan arwah abah dikalangan insan yg beriman dn ditempatkan di Jannah

    ReplyDelete
  11. seronoknya saya baca entri ini.
    syabas pak ngah!
    jauh berjalan luas pengalaman...baru kita tau betapa beruntungnya kita lahir sebagai rakyat Malaysia.

    *mode dah lama tak berkesempatan melawat belog orang lain*

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.