Tuesday, March 31, 2015
MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 2.
Untuk makluman, entri ini merupakan sambungan dari entri ini.
PELAJARAN 2. Huruf 'at' jadi huruf 'ek'
Saya juga perhatikan, orang N9 akan menukarkan sebutan hampir semua huruf 'at' yang berada di hujung perkataan kepada huruf 'ek'. Anda hanya perlu tukarkan huruf 'at' kepada 'ek'. Mudah kan !
Contoh:
amat - amek
buat - buek
cawat - cawek
darat - darek
ikat - ikek
lumat - lumek
muat - muek
pacat - pacek
panjat - panjek
sumbat - sumbek
tambat - tambek
Nampak macam mudah, tapi dari pengalaman saya, ramai orang bukan N9 yang terkena di sini sebab banyak pengecualiannya. Bukan sembarangan sahaja boleh tukar 'at' kepada 'ek'. Tak ada petua, cuma kena hati-hati sahaja. Misalnya.
Adat tak boleh tukar jadi adek.
Batat tak boleh tukar jadi batek.
Jawat tak boleh tukar jadi jawek.
Ketat tak boleh tukar jadi kotek.
Gawat tak boleh tukar jadi gawek.
Hebat tak boleh tukar jadi hebek.
Selain dari itu, nama khas seperti kampung Lonek bukan berasal dari perkataan Lenat dan kampung Bongek juga bukan berasal perkataan Bengat.
Contoh: Dari Lonek poei ko Bongek nak caghi ketupek. Boli soikek, makan sobinjek toruih tojoluek sobab dah boghulek.
Monday, March 30, 2015
MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 1.
Gambar kepala (header) grup Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP). Bilangan ahli semasa adalah seramai 8,136 orang.
Tulisan berikut adalah hasil pemerhatian saya berdasarkan input dari ahli-ahli Kelab Peminat Adat Perpatih sejak ia ditubuhkan pada 3hb Jun 2013. Pemerhatian ini mungkin berfaedah kepada mereka yang ingin belajar dialek N9. Oleh kerana ia dalam bentuk tulisan, maka untuk mendapatkan sebutan yang betul, kenalah bergaul atau bertanyakan orang N9.
* Pemerhatian ini berdasarkan sebutan orang daerah Kuala Pilah dan Jempol. Mungkin ada sedikit perbezaan di daerah lain seperti Jelebu atau Port Dickson.
PELAJARAN 1 - Huruf 'a' jadi huruf 'o'.
Saya perhatikan, orang N9 akan menukarkan sebutan hampir semua huruf 'a' yang berada di hujung setiap perkataan kepada huruf 'o'. Ini yang paling mudah dan menyeluruh. Anda hanya perlu tukarkan sebutan dari bahasa baku yang ada huruf 'a' dihujungnya kepada huruf 'o'.
Contoh:
ada > ado
baca > baco
cuba > cubo
dua > duo
gua > guo
jala > jalo
kaya > kayo
lama > lamo
mana > mano
nama > namo
paya > payo
sama > samo
tanya > tanyo
Tapi ada pengecualiannya, jika ia bertukar makna, pelik atau lucu. Contohnya.
1. Bola tetap bola bukan bolo.
2. Nyonya tetap nyonya bukan nyonyo.
3. Nona tetap nona bukan nono.
4. Lawa tetap lawa bukan lawo.
5. Anda tetap anda bukan ando.
6. Kerbau bala tetap kerbau bala bukan kerbau balo.
Selain dari itu, nama jenama jugak tidak diubah sebutannya.
Misalnya Yamaha tak bolehlah ditukar kepada Yamaho dan Kubota tak boleh ditukar kepada Kuboto walaupun perkataan itu ada huruf 'a' di hujungnya.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau mendalami dialek orang Negeri Sembilan, silalah join Kelab Peminat Adat Perapatih (K-PAP) . Terima kasih.
Friday, March 27, 2015
SONYUM SOKOJAP 72: ABANG TIDURLAH KAT LUAR.
Pada satu malam yang dingin, si suami menegur isterinya yang membuka airkon di bilik tidur mereka.
Suami: Kenapa memalam buta ni nak buka airkon ni ?
Isteri: Panas ..
Suami: Kan kat luar tu sejuk ..
Isteri dengan pantas mrnjawab: Kalau cenggitu abang tidurlah kat luar !
.................................................................................................
Sub-entri
Jemput melawat grup "Kelab Peminat Lagu Lama (KPLaLa) di link di bawah. Jika anda rasa berminat silalah request untuk join. Semoga terhibur. Terima
kasih.
https://www.facebook.com/groups/malarsegar/
Thursday, March 19, 2015
SAYA KEHILANGAN SEBATANG JARI TANGAN.
Tajuk entri saya ini mengibaratkan keadaan saya selepas kehilangan bapa mertua yang dijemput Ilahi pada 19 Februari yang lalu. Hari ini genap sebulan dia pergi. Cuba bayangkan kalau anda ada 5 jari pada sebelah tangan, tiba-tiba kini jari itu tinggal 4 sahaja. Begitulah gambaran rasa kehilangan yang saya tempuhi.
Selama ini kami berlima tinggal di rumah ini, sekarang kami tinggal berempat sahaja. Telinga saya masih lagi terngiang-ngiang bunyi batuk dan dehem dia walaupun sudah sebulan arwah meninggalkan kami.
Mak Ngahnya yang paling sedih dam kesal kerana pada malam pemergian bapanya, dia tidak tidur menemani arwah seperti malam-malam sebelumnya. Rasa kesalnya itu dapat saya rasakan kerana saya juga pernah mengalami perasaan yang serupa semasa pemergian arwah ibu saya dahulu seperti yang pernah saya ceritakan di entri ini.
Lebih 5 tahun arwah tinggal bersama kami. Sebelum ini dia tinggal di rumah saya di Seremban dan pada penghujung tahun 2013 di rumahnya sendiri di Perlis.
Gambar 1. Semasa di Seremban, arwah tinggal dalam salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah ini.
Saya berpindah ke Perlis mulai 25/3/2014 munuruti jejak Mak Ngahnya yang pulang lebih awal kerana menyelia kerja ubahsuai rumah yang ada.
Selama arwah berada dengan kami, semua perancangan kami sekeluarga harus mengambil kira penjagaan arwah. Dalam tempoh arwah berada bersama kami, cuma sekali sahaja saya dan Mak Ngahnya dapat pergi bercuti bersama. Itu pun pada peringkat awal dia tinggal bersama kami semasa keadaan fizikal dia masih lagi kuat.
Bila keadaannya bertambah uzur dan perlukan penjagaan sepenuhnya, cuma saya sahaja (dengan izin Mak Ngahnya) dapat berpergian dalam tempoh yang agak lama. Tapi tak seronok pergi tanpa dia
Sehari dua selepas pemergian arwah bapa mertua saya, ramai jiran dan jemaah masjid yang bertanya bila saya akan balik ke Seremban. Kalau diizinkan Allah, saya merancang untuk kembali tinggal di rumah saya di Seremban selepas anak perempuan saya selesai mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Walaupun berat hati meninggalkan tempat ini kerana suasana kampungnya yang mendamaikan akan tetapi tarikan kepada cucu-cucu saya yang tinggal di Seremban dan KL, membuatkan saya mengambil keputusan kembali tinggal semula di rumah saya di Lavender Heights, Senawang.
Gambar 2: Inilah pemandangan dari belakang rumah saya di Senawang, yang membuatkan saya sering terbayang-bayang. Pemandangan gambar seperti di atas itu boleh saja digantikan dengan pemandangan di sini bahkan di sini lebih cantik lagi. Namun tarikan untuk bersama cucu-cucu tidak dapat digantikan dengan tarikan-tarikan lain.
Gambar 3: Saya bersama 3 dari 4 cucu saya baru-baru ini semasa mereka balik dihari pemergian Wan mereka. Seorang lagi cucu terpaksa ikut ayah dia balik ke kampung kerana besan saya juga sakit pada masa itu.

Namun begitu, kita hanya mampu merancang. Apa yang sebenarnya yang akan terjadi nanti semuanya adalah ketentuan Allah belaka. Jika saya pergi dahulu sebelum sempat pulang ke Seremban, maka dibumi inilah tempat saya akan disemadikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)