Tuesday, August 18, 2015

BAGAIMANA HENDAK MENJATUHKAN PERDANA MENTERI.


Letupan bom kereta di Iraq - Gambar hiasan ihsan Google.

Ada kawan-kawan saya bertanya, adakah saya menyokong kemungkaran yang katanya membabitkan pemimpin tertinggi negara pada masa ini.  Pertanyaan itu sebenarnya merupakan sindiran kerana saya tidak turut sama menghamburkan caci maki dan kata-kata keji dalam status fesbuk dan wasap saya. Di sini saya cuba memberikan jawapan akan pendirian saya.

Saya tidak menyokong sebarang kemungkaran walaupun dilakukan oleh sesiapa samada pemimpin politik, kakitangan atau orang awam termasuklah saudara mara dan sahabat handai saya. 

Habis kenapa saya senyap sahaja, tidak turut sama arus perdana mengutuk pemimpin sekarang ?

Pendirian saya diringkaskan begini. 

Ada 3 pilihan kalau kita hendak menjatuhkan seseorang pemimpin sesebuah negara samada ia dipanggil Presiden, Perdana Menteri atau sebagainya yang telah dipilih secara demokrasi.

1. Ikut proses demokrasi dan perlembagaan.

Contohnya menjatuhkannya melalui pilihanraya umum atau undi tidak percaya di parlimen. Ini memakan masa dan hasilnya tidak pasti. Mungkin berjaya dan mungkin juga tidak, namun tiada kesannya atau kesannya minimal kepada kedudukan ketenteraman dan sosio-ekonomi negara.

2.  Tunjuk perasaan secara aman.

Buat tunjuk perasaan secara besar-besaran dan berterusan di seluruh negara hingga rejim sekarang berjaya dijatuhkan.

Buruk kesannya kepada ekonomi dan sosial serta berisiko mengancam ketenteraman awam jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan. Mungkin segala kegiatan sosio-ekonomi seperti pendidikan, perdagangan, perniagaan, pertanian, perikananan akan terhenti. Stesyen minyak, bahan makanan dan gas masak tidak dapat dihantar kerana semua pekerja ambil bahagian dan jalan raya pula ditutup. Barangan sukar diperolehi dan kalau ada pun harganya sudah berpuluh-puluh kali ganda mahalnya.  Nilai RM sudah setaraf dengan matawang Zimbabwe.

3. Angkat senjata.

Yang ini saya tak perlu cakap apa kesannya. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Syria atau Iraq sekarang. Tentu tiada siapa yg mahu kecuali pembekal senjata. Nauzubillah. Mungkin ada yang berkata, itu tidak mungkin berlaku. Saya percaya rakyat Syria dan Iraq juga berfikiran begitu dahulunya.

Kesimpulannya berkata-kata dan bertindaklah secara rasional agar negara kita tidak tertimpa huru hara yang untuk pulih dan aman kembali akan memakan masa dan memerlukan korban harta benda dan jiwa yang banyak. 

Mungkin ada di antara kita yang tinggal di bandar-bandar terpaksa berjalan kaki berbondong-bondong balik ke kampung untuk menanam ubi untuk dijadikan alas perut seperti semasa zaman Jepun dahulu.

Jangan terlalu sangat mengikut emosi. Jangan memperjudikan nasib dan masa depan anak cucu kita. Pilihlah cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran anugerah Allah secara bijaksana.




 

11 comments:

  1. Saya sgt takut jika berlaku prkara kedua dan ketiga. Utk yg pertama tu sy takut keluar.mulut rimau masuk pulak mulut buaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut kita sangat takut .. sama2lah kita berdoa memohon kpd Allah agar negara kita terhindar dari sebarang musibah.

      Delete
  2. tunjuk perasaan secare aman pun lame2 jadi tak aman jugak.dah bnyk kali tengok...xkisah siape slh sape yg betul..tapi mesti berakhir dgn tragedi...tkut tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak mustahil boleh berlaku terutamanya bila timbul provokasi ..

      Delete
  3. Akhirnya kuar jugak entri berkaitan ni..lama dok intai2 apa kata uncle..seperti diduga..uncle xkan beemosi mngulas hal ini walau ada provokasi dr rakan.
    Bertahun sy jd silent reader akhirnya komen juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle terharu atas pengakuan awak yang telah bertahun jadi silent reader .. terima kasih banyak .. ia satu suntikan semangat buat uncle.

      Delete
  4. Saya pun jenis wait and see sajalah.. Sebab memang tak tahu kepastiannya, mungkin dia betul, mungkin dia salah. Tapi kita yang hanya membaca di akhbar dan internet, bukan semua kandungannya betul. Tak suka nak beri komen tentang apa yang saya tak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tahu pun faktanya, kalau nak komen, komenlah juga secara berhemah.

      Delete
  5. bang, ade nak jual joran ? murah murah hahaha

    ReplyDelete
  6. nice information - http://essenaquatic.xyz/umpan-ikan-patin-galatama/

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.