Gambar hiasan hasil carian Google.
Saya pernah membeli sebuah beg pegang (lebih kurang seperi gambar di atas) di Shen Zen, China beberapa tahun dulu. Saya beli itu bertujuan untuk meletakan buku cek, buku-buku bank, tabung haji, pen, henfon, kad nama dan sebagainya.
Kata penjualnya bag itu diperbuat dari kulit lembu asli. Harganya tak sampai RM100. Saya ragu-ragu juga akan keasliannya. Tapi bila diamat-amati betul-betul, tidak berjumpa pula bahagian yang boleh menunjukkan ia bukan kulit. Pendeknya 100% macam kulit sejati.
Hampeh. Selepa kira-kira dua tahun, rupanya saya kena tipu. Menatang tu bukan diperbuat dari kulit. Ia mengelupas dan bersisik. Saya taklah menyesal atau marah sangat kerana harganya murah je.
Barangkali baginilah caranya kita terkena tipu atau kena main oleh sesetengah (bukan semua) peniaga produk kesihatan, kecantikan, skim cepat kaya dan sebagainya. Hati ragu-ragu untuk percaya, tapi kerana harganya tidak mahal, hati kecil kita mungkin berkata ..
"alaa .. beli je lah .. bukannya mahal sangat .. kalau tipu pun, bukan boleh jatuh miskin"
Cuba bayangkan kalau sejuta orang berfikiran begitu.
Dok pikir nak beli bag juga, abg ckp dkt china murah sikit, korea pon okay.. tp beli on9 ni slalu ja kena tip, kalau murah takde la ralat sangat...huhuh
ReplyDeleteni bukan soal ralat tapi geram bila kena tipu dan kita pulak mcm sudi ditipu.
DeleteTapi setan lagi terel tipu kita sampai solat Subuh gajah...
ReplyDeletetapi ramai juga orang yg gagal dia tipu ..
DeleteHai, saya datang beraya dari blog http://ibu2ahmad.blogspot.com. Jemput la singgah ke blog saya yer.... :)
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi singgah.
DeleteAssalamualaikum Bang Haji...
ReplyDeleteTipu dalam timbangan pun menyakitkan hati, kita di tipu dengan ditambah sedikit dari apa yang kita minta. Balik rumah bila ditimbang banyak bezanya..
alaikumsalam.
Deletebetul tu .. kalau tak silap ada satu kaum zaman nabi .. (saya tak ingat) yg gemar menipu dlm sukatan.
Setuju dgn pakngah. Org selalu kata takpe sbb tak mahal. Pada saya biar mahal dan tulen pakai sampai jemu tak rosak2 jugak. Sampai tanya barang tu bila kau nak rosak ni aku nk beli baru. Hahaha.
ReplyDeleteSelalu baca org kata beli handbag murah takpe blh tukar selalu. Katanya laaa.
Saya teruja dpt komen. Dah berkali2 sy cuba komen x blh kat sini. Saya yg silap tekan atau pakngah sorok ruang komen ni? Hehe
maaf kerana mmg kadang2 pak ngah sorok kalau pak ngah sibuk kat grup wasap atau fesbuk.
Deleteada juga org tak mampu nak beli yg ori dan mahal. jadi mahu tak mahu belilah yg murah.