Friday, August 21, 2015

MENGAPA SAYA PATUT BERSYUKUR - KERANA JARI TANGAN BOLEH DIBENGKOKKAN.



Lihat.  Mudah sahaja memegang botol bilamana jari jemari boleh dibengkokkan
 Gambar hiasan hasil carian Google.


Kadang-kadang kita tidak terasa akan faedah dan pentingnya jari jemari tangan kita boleh dibengkok-bengkokkan. Kita tak rasa nikmatnya kerana sejak sedari kecil jari jemari tangan kita memang boleh dibengkok atau digenggam bila kita ingin memegang sesuatu.

Sekarang cuba pejamkan mata dan renungkankan akibatnya kalau jari jemari tangan kita tak boleh nak dibengkokkan. Lurus sahaja seperti keadaannya kalau kita nak menampar muka orang.


Agaknya macamana kita nak pakai kain sarung, gosok gigi, cukur janggut, pegang cawan, lekatkan zip, sain chek dan beratus-ratus lagi pergerakan yang biasa kita buat. Pernahkah kita terfikir bahawa perbuatan itu semua dapat dilakukan dengan mudah kerana jari jemari tangan kita boleh dibengkok atau digenggamkan.

Kalau tak percaya cuba buat semua itu tanpa membengkokkan jari. Oklah, tak payah buat semua, cuma buat satu je cukup dulu. Sekarang cuba pegang dan angkat sebuah cawan tanpa membengkokkan jari ! Boleh tak ?

Lepas ini barangkali tiada lagi sukan tinju dan digantikan dengan sukan lempang jer.

Maka  marilah kita mengucap setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Ilahi atas nikmatnya yang ini.

Entri kalau tangan dan kaki tak boleh bengkok pernah saya buat di sini.




6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Bersyukurlah kita. Allah jadikan kita dalam sifat yang amat sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita buktikan kesyukuran itu dengan mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya.

      Delete
  2. Biarpun kelihatan simple tapi fungsinya amat besar dlm kehidupan sebagai seorang manusia
    Syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujui .. kadang2 yang simple itulah yang selalunya memainkan peranan yang besar dan kita sering terlepas pandang jasanya.

      Delete
  3. Tepat betul Pak Ngah menulis post ini. Kebetulan pagi tadi bangun tidur salah posisi, tangan kanan hingga jari kebas bukan main tak boleh digerakkan. tapi bangun jugalah bergegas ke bilik air dek nak bertolak kerja jam 6.30 pagi... 5.30 pagi dah kira lewatlah tu... terseksa sekali nak ambil tuala dan menguruskan diri... mujurlah keadaan itu hanya dalam 10 minit... tapi 10 minit yang terseksa... syukur jari jemari saya masih berfungsi seperti sedia kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Ngah dapat rasakan bagaimana menggelabahnya awak pada masa itu. Macam-macam perkara yang bukan-bukan bermain di fikiran. Syukurlah keadaan kembali normal.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.