Gambar 1: Keratan tiket perjalanan sehala dari Arau ke KL Sentral yang berharga RM42 bagi warga emas.
Gambar 2: Semasa dalam perjalanan menghala ke KL.
Gambar 3: Semasa dalam perjalanan balik ke utara.
Video semasa dalam terowong. Lama juga rasanya untuk merentasi terowong ini. Saya agak terowong ini dalam negeri Perak.
Berikut adalah ringkasan pengalaman dan ulasan saya mengenai perjalanan dan perkhidmatan ETS ini pergi dan balik.
Masa pergi - 15/8/2015
1. ETS bergerak dari stesyen Arau tepat pada 4.15 petang seperti dinyatakan dalam tiket.
2. Saya duduk menghadap ke belakang ke arah Siam di koc A. Pening juga kepala dibuatnya. Oleh kerana saya duduk menghala ke Siam, maknanya ada berapa juta orang berada belakang saya termasuk rakyat Singapura. Sampai Butterwoth barulah tempat duduk saya menghadap ke depan arah keselatan.
3. Kelajuannya dalam linkungan 145km/jam. Masa bergerak seiring dengan lebuhraya PLUS selepas Alor Star, saya perhatikan tak ada kenderaan yang dapat potong ETS.
4. Stesyen pertama berhenti adalah Alor Star. Saya beli nasi lemak dan mee goreng untuk anak saya. Dua bekas tak sampai RM10. Kira murah jugalah.
5. Setiap stesyen cuma berhenti kira-kira seminit sahaja. Kena cepat naik dan turun. Ada orang yang hantar sudara tak sempat turun keretapi dah gerak.
6. Tempat duduk cuma boleh direbahkan (recline) kira-kira 5% sahaja. Itu pun semasa balik. Semasa pergi saya tak jumpa punat untuk merebahkannya.
7. Ada tandas dan kafe tapi tak ada bilik untuk solat. Di kafe hanya ada jual nasi lemak, mee dan beehon goreng dan minuman sejuk.
8. Ada skrin untuk tonton movie tapi langsung tak digunakan. Tonton skrin je lah sepanjang perjalanan.
9. Sampai KL jam 9.15 malam seperti masa yang tercetak di tiket.
Masa balik - 17/8/2015.
1. Bertolak 9.33 pagi. Patutnya jam 9.30. Lewat 3 minit.
2. Stesyen pertama berhenti ialah Tanjong Malim dan stesyen terakhir saya tak tahu sebab dah turun kat Arau. Hehe.
3. Sampai Arau 2.48 petang. Patutnya 2.41 petang. Lewat 7 minit. Ada juga eloknya sebab Mak Ngahnya lambat sampai. Dia ambil anak sekolah dulu.
4. Kali ini saya menghadap ke selatan pulak dari KL. Bayangkan berapa juta orang berada dibelakang saya termasuk rakyat Thailand. Sampai Butterworth barulah tempat duduk saya menghadap ke depan.
5. Saya beli nasi lemak kat KL Sentral untuk bekal makan dalam keretapi. Maknanya boleh makan dalam keretapi. Laju betul saya makan nasi lemak tu.
Rumusan.
Sekil dari A hingga E di mana A - Terbaik E - Teruk.
1. Ketetapan masa - B
2. Keselesaan tempat duduk - B
3. Makanan - C
4. Keselamatan - A
5. Kebersihan (termasuk tandas) - A.
Bagi saya perjalanan selama 5 jam dari Arau ke KL itu tidaklah laju sangat kerana ada orang yang berkereta boleh sampai kurang dari 5 jam. Tapi yang pentingnya bagi saya ialah tambangnya murah, selamat dan bebas tekanan (stress). Kalau dapat laju lagi hingga masa dapat dikurangkan kepada 2 jam sahaja, lagi bagus. Saya percaya satu hari nanti boleh buat rasanya. Sebagai permulaan, saya berpuas hati dengan tahap kelajuannya buat masa ini.
Isu.
Saya tidak tahu apa rasionalnya kenapa separuh tempat duduk dalam keretapi menghadap ke hadapan dan ada separuh lagi mengadap ke belakang. Ada siapa tahu ?
Tuan, seronok baca entry ini dan memang tunggu tuan update pasal ets ni. kalau boleh buat kat swk kan best. .... agak2 boleh tak buat kat swk ets ni pak ngah.
ReplyDeletedari segi sosialnya mmg patut buat kat Sarawak tapi dari sudut ekonomi dan perniagaan, mungkin belum sampai masanya.
DeleteMaknanya masih banyak yg perlu ditambahbaik tu kan pak ngah..
ReplyDeleteTerutama untuk menyediakan tempat solat..
Saya pun terfikir.. apa rasional buat tempat duduk macam tu..
Dan adakah pak ngah menukar tempat duduk menghadap ke utara apabila sampai di Butterworth tu ?
tempat duduk yg sama, cuma ETS tu yg berubah arah bila sampai Butterworth.
Deletelaju jugak 145km/h tu... saya pon teringin nak naik
ReplyDeletelajulah juga kalau banding dgn keretapi yg lama ..
DeleteSaya tak faham apa maksud "bayangkan ada berapa juta dibelakang saya termasuk dari Singapura:
ReplyDeleteini ungkapan lawak sebenarnya .. hari tu ada seorang pemimpin politik mendakwa ada 3 juta pengikut di belakangnya .. jadinya kalau saya duduk di Arau dan menghadap ke Thailand, tentulah berjuta2 rakyat Malaysia berada di belakang saya. Dapat tak ?
DeleteOOo.. Ye. Lambat tangkap.
DeleteSampai di Butterworth hanya kepala keretapi sahaja yg tukar sebab keretapi tak boleh buat u-turn ni kalau keretapi biasa tapi ETS ni tak tau sistem dia macam mana...kalau seat sehala semua satu2 perjalanan tu akan jadi semua mengundur atau semua mengadap kebelakang sahaja. Means kalau dari Arau semua mengadap hadapan sampai Butterworth semua akan mengadap ke belakang...gitulah fahaman saya...
ReplyDeletesaya pun keliru bila mulai Butterworth sudah duduk beralih arah ... ingatkan keretapi tu tak jadi pergi kl hari tu.
DeleteHehehe saya pun pening sama just imagine duduk mengadap lawan arus..errrr pening ni, takleh bagi ayat betul hahahaha. Tapi not bad la kan ketetapan masa nya, since ia kat Malaysia, kalau kat Jerman mmg kira lewat dah tu 7minit.
ReplyDeletebagi pakngah lewat 7 minit boleh terima .. sedangkan kterbang pun kadang2 delay berejam-rejam.
DeleteKeretapi baru tandas pun baru...
ReplyDeleteSelalunya Malaysia ni, nak beli boleh... nak kekalkan prestasi sepertimana ianya mula dibeli... itu yang tak berapa nak A tu nanti...
sama-samalah kita memain peranan sebagai pengguna yang baik.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletewaaaaaaa terujanya!
Kalau boleh lagi laju, maknanya -----> pegi penang makan pasemboQ boeh balik hari la la la
alaikumsalam.
Deletekalau boleh laju sampai 300km/h, mmg boleh sangat.
Salam Pak Ngah,
ReplyDeleteKalau boleh capai kelajuan 300km/h ke atas, saya nak la naik..hehehe...anyway, pada pemahaman saya kenapa mereka buat tempat duduk sebelah utara dan sebelah selatan kerana keretapi tidak boleh u-turn, kalau nak berpatah balik, mereka cuma tukar kepala keretapi, itu pada pemahaman saya. jadi adil le klu mereka design tempat duduk sebegitu supaya adil kepada semua. :-)
salam kembali. pak ngah rasa alasan itu lojik .. dan itulah sebabnya mereka buat begitu .. nak lebih adil patutnya tukar kat K Kangsar.. baru sama tengah. hehe.
DeleteKalau tengok keretapi Jepun tempat duduknya boleh diadjust ke utara dan ke Selatan. Kedudukan tempat duduk bergerak membelakang memang memeningkan kepala dan agak kurang selesa.Tambahan lagi kalau perjalanan jauh.
Deleteshahbudin. memang kurang selesa .. kalau dpt Jepun alangkah baiknya.
DeleteKalau tengok keretapi laju luar negara pun memang kerusi macam tu kan..nak suruh bersembang kot. Tapi keretapi biasa semua menghadap depan sahaja. Lepas ni boleh tambah bilik untuk solat. Saya pernah bersolat dalam keretapi tapi agak mencabar juga sebab bergoyang-goyang je.
ReplyDeleteye ke keretapi biasa semua kerusi mengarah ke depan sahaja ? entahlah .. lama dah tak naik keretapi biasa.
DeleteSampai kat Butterworth, kepala ETS akan dipusingkan. Bagaimana caranya ? Itu kena tengok sendiri. Pusing secara manual pulak tu.
ReplyDeletecara manual ? kuat sungguh orang Bagan.
DeletePakngah ni kelakar betoi
DeletePakngah..leh dak guide sy caner cara jika sy nak ke Johor Dr utara..stesen terdekt sy adalah k.kangsar dan SG.petani..sy cadang otw p dgn Mel biasa Dan Dr jb dgn ets...😉
ReplyDeleteTk
Utk ke JB bolehlah naik kat KK atau Sg Petani, mana yang paling dekat dengan rumah. Dari JB belum ada ETS .. kena pergi KL dulu baru boleh sambung naik ETS ke utara.
DeleteMacm mna nak tau temlat duduk kita at mana ek ? Ada tulis ad kerusi ke mcm mana ? .. maklumlah first time dlm hidup
ReplyDeleteMasa saya naik dulu, tempat duduk tak boleh pilih .. tak tahulah sekarang. Kira nasiblah.
DeleteAaa..ruang solat...semestinya wajib disediakan....
ReplyDeletebila banyak permintaan, diharap suatu hari nanti akan disediakan.
Deletebila banyak permintaan, diharap suatu hari nanti akan disediakan.
Deletesalam tuan.
ReplyDeletepandang belakang mmg pening sket sebab kita tak biasa...tapi ikut kajian sekiranya berlaku kemalangan ataupon break emergency...yg mengadap belakang JAUHHHHHHH lebih selamat daripada mereka yang mengadap depan
salam kembali.
Deletememang lojik pandangan saudara tu .. tapi saya tak tahan pening kalau mengadap ke belakang berlama-lamaan.
SAYA HUJUNG BULAN NI NAK CUBA NAIK ETS. TAK PERNAH NAIK. TERIMA KASIH KERAN SHARED. BARU LA SAYA DAPAT AGAK. MAKAN MASA HANYA 5JAM. KALAU NAIK KERETA DAPAT PENAT TU YANG TAK TAHAN DENGAN JAM NYA HADOIII TAPI TAK APALAH JANJI MURAH. DENGAN TOL MINYAK SEMUA NAIK HEHEHE. TERIMA KASIH. FUHHH LETIH NAK CARI SUMBER MACAM SAUDARA/SAUDARI. =D
ReplyDeleteSama-sama. Banyak kelebihannya selain murah, ia lebih selamat dan kita boleh menjangka masa sampai. Senang nak buat perancangan. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak.
DeleteMacam mna nak cari nombor tempat duduk kat dal sa m keretapi ets tu
ReplyDeleteAda tertulis kat tiket tu koc dan tempat duduk.
DeletePak ngah...hajat nk bwk murid sk naik keretapi thn nie...ok x pd pendapat pak ngah
ReplyDeleteelok tu .. tapi berapa ramai. Kalau ramai, katalah lebih 40 org, mungkin boleh bincang utk dptkan diskaun harga tiket yg lebih besar.
Deleteelok tu .. tapi berapa ramai. Kalau ramai, katalah lebih 40 org, mungkin boleh bincang utk dptkan diskaun harga tiket yg lebih besar.
DeleteKelakar la pak ngah ni. Seronok pulak baca entry ni. Hihihi
ReplyDelete