"On 29 July 2015, marine debris was found on Réunion Island which was confirmed to be a flaperon from Flight 370.[25][26][27]" - Petikan dari Wikipedia.
Berikut adalah serba sedikit maklumat mengenai pulau Reunion berdasarkan pencarian saya dengan bantuan Google.
Sejarah:
Saya agak tertarik bila dinyatakan bahawa pulau ini mungkin juga turut dikunjungi pelaut Melayu seperti petikan di bawah.
Penduduk sekarang berhijrah dari Afrika, Asia, India dan Eropah beberapa abad yang lalu kerana pulau ini pada asalnya tiada berpenghuni.
Lokasi.
Pulau ini berada di Lautan India, di timur pulau Madagascar dan kira-kira 175 km tenggara pulau Mauritius, ialau pulau terdekat dengannya. Ia merupakan sebuah wilayah seberang laut bagi negara Peranchis. Lihat peta di bawah.
Gambar 1: Kedudukan Pulau Reunion di lautan India
Keluasan: 970 batu persegi (2,511 km persegi). Lebih tiga kali ganda lebih luas dari negara Singapura (716 km persegi).
Gambar 2: Peta Pulau yang seakan-akan Pulau Pinang.
Penduduk: Penduduknya adalah seramai 844,994 orang mengikut statistik pada bulan Januai 2014. Penduduk yang berugama Islam adalah kira-kira 3% dari jumlah penduduk dan khabarnya terdapat masjid di bandar-bandar besar.
Gambar 3: Salah sebuah masjid yang terdapat di pulau ini.
Gambar 4: Sebahagian bandarnya yang nampak moden dan bersih.
Gambar 5: Sebahagian penduduknya yang seakan-akan komposisi penduduk Malaysia, dalam satu perhimpunan.
Begitulah serba sedikit tentang latarbelakang Pulau Reunion. Saya nak cerita lebih-lebih pun tak pandai, sebab saya pun belum PERNAH sampai lagi ke sana. Apa yang di paparkan hanyalah berdasarkan carian di internet sahaja. Kalau tidak tepat harap maaf dan mohon diperbetulkan.
Adakan anda sudah sampai ke sini ?
Assalamualaikum Bang Haji..
ReplyDeleteMenarik dan tak pernah tahu ada juga orang Islam berada di Pulau ini..
alaikumsalam Ust.
DeleteSaya lagi pulak .. pulau tu pun baru dengar.
salam pak ngah..
ReplyDeleteSaya tak pernah sampai sana.
Mungkin selepas ini boleh jadi salah satu destinasi impian utk ber "reunion"...
salam kembali.
Deletekalau awak pergi sana nanti, buatlah entri kat blog .. teringin juga nak tahu lebih lanjut.
Wah..menarik pendedahan ini,
ReplyDeleteInilah pertama kali saya tau wujudnya pulau reunion
Dan lagi kagum...baru tau, pulau ni ada penghuni...siap dah ada bandar moden tu..
saya pun baru sedar akan kewujudan pulau ini selepas penemuan serpihan pesawat itu.
Deletewah..menariknya ada org Islam..
ReplyDeletekalau pergi, tak risaulah tentang makanan halal.
DeleteTerima kasih uncle atas infonya. Siap ada masjid yg cantik rupanya kat situ
ReplyDeletetak risaulah kalau nak melancong ke sana ..
Delete