Monday, January 16, 2017

ENTRI SEMPENA KUNJUNGAN MELEPASI 1.3 JUTA.


 Ini bukan bilangan kunjungan ke blog saya tapi blog Cik Epal.

Petang semalam, blog saya menerima kunjungan yang ke 1.3 juta.  Walaupun bilangan itu sangatlah kecil berbanding bilangan kunjungan yang diterima oleh Cik Epal yang sudah hampir 38 juta (bacaan pukul 7 pagi tadi) namun saya sangat gembira kerana bagi saya jumlah itu sudah dikira ramai. Lagi pun daripada beribu-ribu blog yang wujud di luar sana, masih ada orang yang sudi singgah di blog saya.

Namun jauh di sudut hati, saya merasa sedih kerana ramai rakan-rakan blogger yang dikenal semasa saya mula berjinak-jinak dengan dunia blogging dahulu, sudah tidak lagi aktif atau pun bersara terus dari berblog.

Walaupun demikian saya tetap juga berblog kerana ingin mencari kepuasan dalam menulis kerana kepuasan berblog tidak saya temui di fesbuk, instagram atau pun whatsapp, walapun masing-masing ada kelebihannya. Misalnya kat fesbuk, instagram atau whatsapp mana boleh tulis macam ini.

Terima kasih kepada anda yang sedang membaca entri ini kerana ia bermakna anda juga sedang berkunjung ke blog ini.


p/s: Mula-mula saya bercadang nak buat entri sempena kunjungan yang ke 10 juta, namun setelah berfikir secara realistik, saya lupakan cadangan itu.






18 comments:

  1. Assalamu'alaikum Pak Ngah...

    saya masih berkunjung ke sini. Kebelakangan ini saya pun sudah semakin perlahan mengemaskini blog. Macam akan terkubur juga rasanya di tahun 2017 ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Janganlah begitu. Saya baru nak aktif semula. Kayuh pelan-pelan, bak kata budak-budak sekarang.

      Delete
  2. Tahniah Pak Ngah... ada je yang suka singgah tanpa komen. Kadang ada orang suka membaca tapi tak suka menulis. Kadang ada orang suka menulis dan membaca. Apa pun bergantung kepada kesukaan masing-masing. Apa pun semuga Pak Ngah maintain menulis sebab kadang idea dan cerita Pak Ngah lain dari yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Lepas ni Pak Ngah cdg nak jimatkan masa, buat satu post dan share kat grup wasap, instgram, fesbuk. Boleh gitu ?

      Delete
  3. kalau ada buka blog memang saya akan berkunjung kesini cuma tidak tinggalkan komen je

    ReplyDelete
  4. Benar kepuasan berblog tidak sama dengan menulis di alam maya lain.
    Kakak pun sekarang semakin lesu untuk berblog. Kalau bercuti saja blog pun cuti sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Kakzakie .. kita dahulukan mana yg patut didahulukan.

      Delete
  5. Tahniah uncle.Banyak tu, 1.3 juta. Saya tiap hari singgah sini baca entri uncle, tapi tak tinggal komen. Harap uncle teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sekarang dah semangat semula nak menulis. Rajin-rajinlah singgah ya.

      Delete
  6. salam kunjung semula....

    waduh 1.3 juta....
    rasa kerdil diri ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      1.3 juta tu mengumpul semenjak tahun 2009. Lama benar dah rasanya.

      Delete
  7. tahniah.... terus kan menulis..

    ReplyDelete
  8. sebenarnya dari dulu saya memang suka singgah di blog yang pemiliknya rajin memberikan respon pada komen-komen kami. sama ada kami faham ,setuju atau sebaliknya tentang isi posting itu perkara kedua. yang penting pada saya adalah interaksi.

    teruskan menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berpendirian bahawa memberi respon adalah sebagai tanda penghargaan kpd mereka yg sudi singgah dan memberi komen. Saya juga bersedia menerima komen yg menyanggah pendapat saya asalkan ia berasas.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.