Tersebutlah kisah seorang ahli perniagaan, seorang ahli politik dan seorang pegawai PTD, terdampar di sebuah pulau. Makanan cuma ada satu tin sardin sahaja tetapi mereka tak dapat nak buka sebab alat pembukanya tidak ada. Maka masing-masing pun mengeluarkan pandangan bagaimana caranya untuk membuka tin sardin itu.
Ahli perniagaan: "Saya sangat yakin mesti ada cara untuk membukanya. Mari kita fikirkan bersama. Bla .. bla .. bla .. ".
Ahli politik: "Saudara-saudara semua sahabat yang saya kasihi sekelian. Dalam suasana begini kita mesti bersatu hati tanpa mengira latar belakang agar apa jua permasalahan yang kita hadapi akan dapat kita atasi bersama dengan jayanya. Bla .. bla .. bla ..".
Pegawai PTD: "Saya cadangkan kita tubuhkan sebuah jawatankuasa ...".
...................................................
Sub-entri: Penghargaan Kepada Tetamu Dari Amerika.
Sejak seminggu dua tiga minggu ini setiap hari saya menerima kunjungan dari pembaca dari Amerika. Saya tidak tahu siapa dia atau mereka kerana tidak ada jejak atau komen yang ditinggalkan. Buat masa ini ia masih misteri. Apa-apa pun sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog saya ini secara diam-diam. Saya sangat menghargainya.
Cetakan skrin pada 6.33 pagi tadi yang menunjukan kehadiran pengunjung dari Amerika itu (kecuali seorng dari Malaysia) yang terakam oleh gajet pengesan yang saya pasang di blog saya. Nampaknya setiap entri saya dibaca oleh dia/mereka.
Agaknya apa yang terjadi akhirnya kepada 3 orang itu ya? Mujur sardin tak keluar sendiri dari tin dan terjun ke laut...
ReplyDeletemereka telah diselamatkan oleh nelayan yg hidupnya kais pagi makan pagi.
Deletehahaha
Deletenak bagi tau saya hadir di sini.. hehe
ReplyDeletekehadiran sudah dicatatkan .. mekasih.
DeleteAgaknya orang melayu yang dok amerika kut. 3 orang terdampar tu asyikle bermesyuarat sampai sudah le takleh nak makan sardin tu.
ReplyDeleteHahaha .. mungkin betul juga. Tapi n3 ini sebenarnya nak sindir sikap 3 profesyen tersebut.
Delete