Sunday, January 15, 2017

DARI FESBUK # 9: TULAR

Hari ni saya jumpa perkataan "tular" sebagai ganti perkataan "viral". Saya rasa istilah ini sangat sesuai kita gunakan. Sebenarnya kita sudah lama gunakan perkataan "menular" utk penyakit yg berjangkit atau merebak. Perkataan menular itu kata asasnya adalah "tular". Lepas ini mari kita gunakan perkataan "tular" menggantikan perkataan "viral" yang diambil dari Bahasa Inggeris dalam setiap tulisan dan percakapan kita.


....................................................

Sub-Entry: Pengunjung Bulan Lepas.

Saya sudah jarang buat entri akhir-akhir ini. Namun kunjungan makin memberangsangkan. Bulan lalu saya terima 30,740 kunjungan atau kira-kira 1,000 kunjungan sehari.  Ini mendorong saya untuk berusaha lebih kerap membuat entri. Insyaallah. Terima kasih kepada anda semua yang sudi berkunjung samada meninggalkan komen atau sebagai pembaca senyap sahaja.





Walaupun  hanya mendapat kira-kira 1.3 juta pageviews selepas lebih 8 tahun berblog, namun saya tetap gembira kerana saya  berblog pun bukannya sepenuh masa.
,




9 comments:

  1. Saya tertanya-tanya sebenarnya dengan bilangan 'page view' Blog saya. Walaupun tiada catatan, jumlah PV antara 1000 ke 1500 (kadangkala hingga 2000) sehari kebelakangan ini... lain jumlahnya jika tengok di Nuffnang yang hanya 300 ke 400 sahaja sehari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga begitu .. tetapi oleh kerana ingin menggembirakan hati sendiri, saya anggap betul je angka itu. hehe.

      Delete
    2. Mungkinkah traffic bots yang membuat pageview meningkat?

      Delete
    3. hmg. Maaf, saya tak faham maksud "traffic bots" tu.

      Delete
  2. ya, sebenarnya perbendaharaan kata kita ni luas. cuma kita je yang selalu gagal cari perkataan sesuai.

    contoh;
    cashier: ini anak akak ke?
    kawan: ye, kenapa dik...
    cashier: anaknya putih, tapi mak ayahnya hitam...
    kawan: ......

    berdasarkan pengalaman kawan, patutnya cashier tu guna perkataan gelap, sawo matang atau kurang cerah. tak gitu pak ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga dilunakkan begitu. Tapi Pak Ngah rasa lebih baik tak usah komen sifat2 peribadi seseorang spt saiz badan, warna kulit, ketinggian dsb kecuali memuji sifat2 yg patut dipuji.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tak lah pandai nak explain traffic bots tu. Mengikut forum yang pernah saya terlintas . . ."website activity generated by software app running automated task- rather than by human interaction...."
    antara nya terbaca kat CMO digital forum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh begitu .. kiranya boleh percaylah statistik yg diberi tu sbb tiada human error.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.