Gambar saya terima dari rakan grup wasap.
Baru-baru ini saya ada menerima keratan akhbar seperti di atas dari seorang kawan wasap saya. Selepas saya baca sekali lalu, saya terus ketawa kerana mendapati ia palsu dan melucukan. Cuba anda baca sekali lagi. Dapat kesan tak di mana palsu dan lucunya?
Saya percaya dari masa ke semasa anda tentu ada menerima sesuatu cerita atau berita yang dihantar kepada anda melalui grup wasap atau pun membacanya di blog, fesbuk, twitter dsb. Orang yang menghantarnya pasti ada agendanya yang tersendiri. Jangan kita lekas percaya dan forward kepada orang lain. Selidik dahulu secara cerdik sebelum berbuat demikian.
Berikut saya berikan sedikit petua untuk kita nak tahu samada berita tu betul, auta atau sekadar melawak.
1. Tengok tajuk. Kalau surat khabar, tajuknya biasa short and precise tak ada panjang berjela. Cuba tengok gambar kat atas. Bukankah tajuk beritanya panjang berjela yang menyimpang dari norma biasa tajuk-tajuk berita dalam akhbar arus perdana?.
2. Tengok teksnya (matan). Selepas baca sekali lalu, segera timbul rasa curiga saya kerana macam tak masuk akal tiba-tiba sahaja Dato' Najib bersetuju berbuat begitu macam orang dah buang tebiat.
3. Tengok tarikh berita. Adakah wujud tarikh sedemikian (misalnya 31hb April); adakah tarikhnya sudah beratus tahun berlalu atau pun tarikhnya pada masa akan datang. Dalam kes di atas, tarikhnya ditulis pada 31 Disember, 3016 iaitu kira-kira 100 tahun dari sekarang. Nampak tak ?
4. Teliti perkataan. Lihat dengan cermat tulisan atau perkataan yang digunakan samada perkataan yang serius, main-main atau nak melawak. Dalam kes di atas, perkataan yang digunakan adalah "mereput " dan "fakta auta". Nampak tak?
5. Search sumber berita. Dalam kes ini sumber berita dikatakan dari Sinar online. Kalau dah search, tak ada berita yang seumpamanya, jangan percaya berita yang kita terima atau baca itu. Saya dah buat search, memang tiada akhbar Sinar membuat cerita sebegitu.
6. Jangan buruk sangka. Orang yang menyimpan buruk sangka dengan seseorang mudah tertarik dan terperangkap dengan berita yg dirasakan cocok digunakan untuk menghentam orang yang tak disukai.
Selepas berbuat langkah dari 1 hingga 6, kita masih juga merasa was-was, saya cadangkan usah dihantar (forwarad) kepada orang lain supaya kita tidak bersubahat dengan orang yang membuat fitnah dan tak fasal-fasal kita mendapat dosa kering. Apa lagilah kalau kita menokok tambah.
Dalam kes berita yang saya terima itu, saya percaya orang yang bertanggungjawab mengedit atau mengada-ngadakan cerita tu berniat untuk melawak sahaja. Jadi mari kita ketawakan mereka yang sudah terkena. Hahaha.
Sekian. Harap tulisan saya ini ada manfaatnya.
Sekali lalu baca jujur langsung kakak tak nampak sebelum dijelaskan
ReplyDeleteYg pasti uncle memang alert bab ini - syabas dan kakak salute.
saya jadi admin kpd beberapa grup wasap dan fesbuk .. itu sebab hati-hati saya lebih sikit.
Deletehahaha nampak mereput dan fakta auta ja dah tau ni untuk lawak saje. Apa pun terima kasih bagi klue macamana nak tapis berita yang di terima.
ReplyDeletetapi ramai orang kita terus melompat bila ternampak je berita mcm tu.
DeleteTeliti betul pak ngah..memang sey tak ponah teliti bondo2 tu dan nasib baik tak ponah "foward" apo2 wasap yg diterimo pun
ReplyDeletetak pernah forward tu jamin selamat .. kdg2 tulisan ttg agama pun kena hati2 kerana musuh sering menyelinap.
Deletebanyak berita lawak yg telah mempengaruhi minda rakyat malaysia.. sehingga pesepsi menjadi terlampau teruk sekarang ni..
ReplyDeletemasalahnya kdg2 yg cerdik pandai pun lagi teruk perangainya.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteada masa lawak mereka susah nak paham. Tahap tinggi tu
Waalaikumussalam. Kalau tak faham lebih baik jgn komen atau memanjangkannya.
DeleteTerima kasih Pak Ngah atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDeletesama-sama .. terima kasih juga kerana awak sering berkunjung.
Delete