Pada tahun 2011 saya pernah membuat gagasan dalam entri ini menyeru para blogger agar dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul pada 15hb setiap bulan. Cadangan saya itu telah mendapat sokongan yang agak menggalakkan pada awalnya tetapi setelah beberapa lama ia berhenti begitu sahaja.
Saya bercadang untuk menghidupkan semula gagasan tersebut mulai esok memandangkan nasib Bahasa Melayu semakin parah akhir-akhir ini. Moga-moga usaha kecil ini memberi sedikit sebanyak kesan kepada usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam dunia blogging. Kalau tidak kita, siapa lagi?
Saya salin cadangan tersebut untuk kemudahan rujukan anda seperti di bawah:
Esok adalah 15hb. Oleh itu marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam entri atau komen kita, sekurang-kurangnya pada hari tersebut, agar kita tidak terlupa untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul apabila diperlukan nanti"
Kepada blogger yang telah sepanjang masa menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam entri atau komen mereka, entri ini tidaklah berkenaan dan untuk itu saya ucapkan syabas kepada mereka dan silalah teruskan.
Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Saya menyokong cadangan tersebut.
ReplyDelete