Masa ni ramai orang takut nak guna perkataan 'kemaluan' kerana ia punya makna yang boleh memberi kesipuan kepada yang menggunakannya. Sebenarnya perasaan itu berpunca dari salah faham yang sudah berterusan sejak sekian lama. Entah siapa yang memulakan tradisi itu, saya pun tak tahu.
Perkataan kemaluan tiada bezanya dari segi struktur ejaan dengan perkataan 'ketakutan', 'kekuatan', 'kekayaan' dan sebagainya.
Cetakan skrin dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP.
Contoh ayat yang diberi DBP itu dipetik dari buku Sejarah Melayu (Sulalat al-Saladin). Kalatu tak silap ingatan saya, buku itu menjadi salah satu buku teks saya semasa di tingkatan 6 dahulu. Masa itu tiada pun timbul kesipuan kepada kami yang membacanya. Saya petik dari satu sumber lain untuk cerita lebih lanjut seperti cetakan skrin di bawah.
Pada hari raya tahun lepas, ada seorang rakan fesbuk saya tulis kat salah satu post saya begini:
"Saya teringin nak datang rumah Pak Ngah, tapi malu"
Kalau saya jawab:
"Datanglah bila kemaluan awak dah hilang nanti",
harus gegak gempita saya diketawakan padahal apa bezanya dengan ayat:
"Datanglah bila ketakuan awak dah hilang nanti" atau
"Datanglah bila kesibukan awak dah hilang nanti".
Bahasa Melayu tidak pelik tapi unik.
Kita dah terbiasa dengan makna no 1 tu uncle.tapi kawan cina saya pernah je guna perkataan kemaluan, nak tunjuk dia malu lah tu. Dah kena gelak seriklah kawan tu.. Betullah.. Bahasa Melayu sangat unik
ReplyDeletekesian kat kawan Cina awak tu .. padahal dia yg betul.
Delete