Monday, June 12, 2017

ENTRI FASAL DRAF ENTRI.

Semakan terbaru yang saya buat didapati masih ada sebanyak 456 draf entri saya yang masih terperam. Saya buat semua entri ini sejak beberapa tahun lalu, semasa semangat berblog tengah berkobar-kobar. Rasa sayang pulak nak buang. Walaupun sebahagian daripadanya saya dapati sudah tidak relevan dengan keadaan semasa tetapi banyak juga yang masih boleh dipakai. Jadi saya gigihkan diri melawat dan mengubahsuai mana-mana entri yang saya fikirkan boleh diselamatkan untuk siaran.

Selepas habis semua draf entri lama tersebut tersiar nanti, besar kemungkinan saya akan bersara dari berblog kerana berblog sudah tidak trending lagi sekarang. Tambahan pula kebanyakan kengkawan blogger sudah berpindah ke medium fesbuk, instagram, wasap atau bersara terus dari semuanya.




Akhirnya terimalah serangkap pantun lama dari saya.

Intai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami sementara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Saya ubah sikit maksud pantun tu kepada "sementara nampak"  kerana saya tak faham maksud "antara nampak" dalam rangkap asalnya.

Nota kaki: Ini adalah entri melekat. Sila skrol ke bawah untuk membaca entri baru.

8 comments:

  1. wow banyaknya draf.. publish je.. sayang klu dibiarkan je Pak Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itulah niatnya tapi tak mahulah publish entri yg dah ketinggalan zaman.

      Delete
  2. Replies
    1. menulis memang minat saya tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir.

      Delete
  3. Banyaknya...apa pun publish je sayang tu. Apa pun semuga semangat menulis sentiasa membara seperti dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berderau darah baca komen awak tak habis .. "publish je sayang ...". hehe.

      Delete
    2. opsss.... salah komen tu...sepatutnya ada koma selepas ayat je.... maaf tersasul menulis. hehehehe

      Delete
    3. begitulah besarnya peranan koma .. boleh buat bahan entri ni .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.