"Tahfiz dibuang". Begitulah tajuk akhbar muka depan Berita Minggu keluaran 23 Mei 2010. Siapa yang membuang ? Kenapa dibuang ? Kemana dibuang?
Kenapa dibuang ? Kerana menyusah, menyemak, menggangu, menyibuk, balas dendam ?
Kemana di buang ? Hospital, rumah orang-oran tua, tepi jalan ?
Sampainyalah hati buat begitu.
Minta maaf kerana saya nak ulang-tayang gurindam di bawah yang pernah tersiar di sini suatu masa dulu.
INGAT TAK DULU-DULU ?
Kau tahu tak dulu-dulu?
Aku yang menyuap nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.
Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.
Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.
Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.
Akan ku bawa diri ini mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.
Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datanglah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !
Nota kaki: Entri sudah lebih 7 tahun tertangguh tapi isinya masih lagi relevan.
INGAT TAK DULU-DULU ?
Kau tahu tak dulu-dulu?
Aku yang menyuap nasi ke mulut mu
Sebelum kau pandai mengais
Kini kau anggap ku bagai pengemis
Aku bukan lagi orang pertama yang kau tuju
Kerana dari ku tiada apa lagi yang kau perlu
Hibanya hati tuhan sahaja yang tahu.
Kau ingat tak dulu-dulu?
Masa kau belajar bertatih
Rebah mu sentiasa ku sambut
Aku yang merawat luka mu di lutut
Kini kau sudah pandai berlari
Diri ku sudah tidak kau toleh lagi
Pedihnya hati ini tidak terperi.
Kau sedar tak dulu-dulu ?
Kau sering sahaja terkeliru
Antara rama-rama dan kupu-kupu
Lalu bertanya bertalu-talu
Aku tidak pernah jemu-jemu
Memberitahu mu yang mana satu
Tetapi kini kau sudah serba tahu
Aku hanya penyibuk masa senggang mu.
Sayap mu kini sudah berbulu penuh
Kau ingin terbang dan lari jauh-jauh
Air mata ku sudah tiada lagi untuk jatuh
Apa daya ku untuk menghalang
Kini diri ku ibarat melukut di tepi gantang
Sampainya hati mu diri ku kau buang.
Akan ku bawa diri ini mencari daerah yang baru
Moga-moga ada damai yang menanti di situ
Dan dari kejauhan ini ketahuilah wahai anakanda
Aku akan menjadi pemerhati yang tidak pernah alpa
Penyelamat yang yang sentiasa waspada
Dan penunggu yang teramat setia.
Dan seandainya nanti kau terluka
Carilah dan datanglah kepada ku tanpa ragu
Aku pasti akan menyambut dan merawat mu seperti dulu-dulu
Kerana sesungguhnya kau tetap anak ku .. darah daging ku !
Nota kaki: Entri sudah lebih 7 tahun tertangguh tapi isinya masih lagi relevan.
Wow. Lamanya sehingga 7 tahun
ReplyDeleterasanya baru jer .. tak sangka dah 7 thn rupanya.
Deleteya mmg masih lg relevan Pak Ngah... sbb zmn skrg pun msh ramai ibu bapa yg di abaikan anak2...
ReplyDeletenasib kita pun belum pasti ..
Deletegitu la kalau ibubapa tidak berduit lagi...dipandang sepi :(
ReplyDeleteRugilah anak-anak yg tidak berbakti kpd orang tuanya. Bukan ibubapa yg tuntut tapi Allah yg suruh.
DeleteKesiannya... dari mak dan bapa lah kita wujud. Apa kan daya mungkin dulu masa anak kecil hidup terbiar tanpa kasih sayang bila dah besar sudah tiada kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa.
ReplyDeletekes dlm akhbar itu adalah kes balas dendam .. apa2 pun ugama kita melarang sama sekali perbuatan itu.
DeleteIsu ni memang sentiasa relevan uncle selagi kita sendiri tiada kesedaran,macam penyakit warisan turun temurun pula.
ReplyDeleteBagus juga isu ni berbangkit sebab boleh jadi sempadan kalau tidak pada semua paling kurang pada pembaca blog uncle.
tindakan anak itu jauh menyimpang dari norma adat budaya dan juga ugama .. moga-moga dia telah insaf dan bertaubat sekarang.
Delete