Sunday, January 5, 2014

CERITA TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI LAGI.

Berkuatkuasa mulai 1/1/2014, seorang kenalan rapat saya Dato' Mohamd Khalid bin Hj Shariff telah memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha,  Kementerian Dalam Negeri menggantikan Dato' Seri Abd Rahim Radzi yang bertukar ke kementerian lain.

Saya mengenali Dato' Mohamad  Khalid sejak tahun 2002 kerana kami sama-sama pernah bertugas di Bahagian dan Kementerian yang sama iaitu Kementerian Dalam Negeri. Kebetulan pula pada masa itu saya mengetuai satu Bahagian dan dia menjadi timbalan saya di Bahagian tersebut. Kini dia mengetuai kementerian tersebut dan ia umpama 'belut pulang ke lumpur'  atau 'sirih pulang ke gagang'. Sudah tentulah saya tumpang gembira dan berbangga dengan perlantikan beliau ini.

Jadi saya tahulah serba sedikit tentang peribadi, prestasi dan akal budi beliau. Beliau adalah seorang yang tak banyak bercakap tapi banyak dan cekap bekerja. Hinggakan ada yang berkata, "kalau Khalid yang buat, kira bereslah tu". Begitulah keyakinan kita kepada beliau.



Gambar 1: Dato' Khalid bersalaman dengan Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.  Dipetik dari twitter Dr Ali Hamsa.


Bambar 2: Saya duduk di kiri sekali dan dia pula duduk di sebelah saya.


Gambar 3. Pertemuan terbaru saya dengannya di majlis cukur jambul cucunya di rumah beliau.


Selamat bertugas Dato' Khalid dan saya mendoakan agar anda mampu  mengatasi segala cabaran dan halangan yang menanti agar Kementerian Dalam Negeri berjaya mencapai visinya demi kebaikan rakyat dan negara Malaysia keseluruhannya.





12 comments:

  1. Kalau belum pencen bertuah yo macam dato tu kan AL..
    dah pencen lagi bertuah kann tuah manusio..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kerja pun sampai masa tetap pencen juga .. kerja dan pencen masing-masing ada keseronokannya.

      Delete
  2. Uncle tak sempat jadi Ketua Setiausaha nampaknya..
    Betul lah macam tajuk entri uncle ni...

    Setiausaha selalunya sinonim dengan perempuan..
    Tapi setiausaha dlm kementerian, semuanya lelaki kan uncle? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawah s/u ada Ketua Penolong S/U, pastu Pembantu Ketua Penolong S/U tak?

      Delete
    2. Daddy Ziyyad.

      Dulu-dulu memeng setiausaha sinonim dengan perempuan tapi kita sendiri yang mensinonimkannya.

      tata.

      Ketuas Setiausaha ibarat CEO sesebuah syarikat swasta. Di awah KSU ada Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) dan seterusnya di bawah TKSU ada Setiusaha Bahagian (SUB) dan dibawahnya ada Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB). Di bawah TSUB ada Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dan di bawah sekali adalah Penolong Setiausaha (PSU). Kadang-kadang di kementerian yang besar di atas PSU ada PSU Kanan sebelum KPSU. Bagi yg bekerja swasta mungkin mengelirukan.

      Delete
  3. selamat bertugas kepada Dato yg baru di lantik...

    ReplyDelete
  4. Tapi Pak Ngah dah lama kan ada title datuk :)

    Salam dari kami di Anjung Karat TDI.
    Selamat menyambut bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. sejak saya dapat cucu kira-kira lima tahun yang lalu.

      Selamat Maulidul Rasul juga dari saya.

      Delete
  5. SEMOGA BELIAU DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH AMANAH DAN BERTANGGUNJAWAB..

    ReplyDelete
  6. Tuah ayam tu sama tak macam tuah sabut timbul? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sabut biasanya orang tak panggil tuah tapi untung .. macam untung sabut, timbul, untung besi, tenggelam.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.