Wednesday, January 7, 2015

INILAH JAWAPAN TEKA TEKI SIAPA YANG SENYUM KAT KITA.

Entri ini saya buat untuk memberi tahu jawapan kepada tekateki dalam entri saya sebelum ini. Saya  janji nak beri jawapan selepas 48 jam dari masa tekateki itu diterbitkan

Tapi sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada semua pengunjung yang bilangan melebihi hari biasa. Walaupun pageviews kelmarin melebihi 1,000 tapi saya hanya mendapat 12 komen sahaja. Ini memberi petanda bahawa ramai pengunjung lebih suka jadi pembaca sahaja.

Pageviews semalam melebihi 1,000.

Soalan tekateki saya berbunyi:


Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga
menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?

Jawapannya: Doktor gigi. Semasa dia merawat kita, dia memakai topeng (mask). Kita tidak dapat melihat wajah dia tetapi dia boleh melihat wajah kita. Jadi bila kita jumpa dia di luar tanpa topengnya, dia kenal kita tapi kita tak dapat kenal dia.

Nampaknya tidak ada seorang pun yang dapat memberi jawapan dengan tepat mengikut skema jawapan saya. Saya perhatikan ramai yang tak jawab soalan saya sepenuhnya. Saya tanya siapa orang yang senyum-senyum itu dan mengapa anda berkata begitu tapi ramai yang jawab mengapa sahaja (kecuali JunAina dan Nurul Hidayah).

Jawapan JunAina

Misi kat hospital!

Jawapan Nurul Hidayah.

Kawan lama yang sudah tidak kita kenali tapi masih mengenali kita.

Keputusan Pengadil.

JunAina memberi jawapan hampir tepat tetapi dia tidak menjelaskan mengapa misi itu tersenyum.

Jawapan Nurul Hidayah boleh diterima jikalau soalan saya tidak berbentuk teka teki kerana dia menjawab siapa dan mengapa.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi ziarah khususnya kepada anda yang telah mencuba memberi jawapan.