Saturday, January 3, 2015

BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 4: KURANG KERING.


Paras air pasca banjir di empangan Timah Tasoh, Perlis. Gambar hiasan dari album pemilik blog.

Biasa kita dengar orang cakap  "eh .. sungai Muar dah kering .. jom kita pergi menjala nak !"

Kalau ikut DBP kering itu maknanya tidak berair. Tapi kalau sungai itu sudah tidak berair macamana nak menjala atau buat apa nak menjala. Lebih baik ambil penyodok, sodok jelah ikan tu masuk baldi atau besen. Kan mudah !

Akan tetapi bila orang Melayu kata kering di sini maksudnya bukan tak ada air langsung, tapi airnya kurang dari biasa seperti gambar di atas. Habis tu kenapa tak kata air sungai tu kurang ? 

Itulah dia Bahasa Melayu, cuma orang yang berbudaya Melayu atau berfikiran cara orang Melayu sahaja dapat memahami maksud sebenar di sebalik sesuatu perkataan itu.

Bahasa Melayu tu unik, bukan pelik !