Friday, January 23, 2015

SEJUK DAN MENYEJUKKAN.


 Gambar hiasan dari album peribadi.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT kita untuk hidup sehari lagi. Esok lusa belum tentu lagi.

Sekarang ini di tempat saya cuaca agak sejuk walaupun hujan dah lama tak turun. Jarang dah saya buka airkon. Bahkan kipas angin pun tak pasang di waktu malam dan awal pagi. Ini sangat menjimatkan letrik. Bulan lepas bil letrik rumah saya kurang separuh dari bulan-bulan sebelumnya. Alhamdulillah.

Harga minyak juga sudah turun. Walaupun harga barang-barang lain tidak turun atau bertahan (maintain), namun ia sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan harian. Alhamdulillah.

Di samping itu, amaun pencen juga naik sebanyak 2% setiap tahun yang diberikan mulai setiap awal tahun. Walaupun tidak banyak, saya tetap bersyukur kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kesan inflasi. Alhamdullah.

Apa lagi ? Banyak lagi nikmat yang diterima. Nikmat yang tidak terhingga ialah kesihatan badan dan minda. Lawatan saya ke hospital baru-baru ini, menginsafkan saya akan betapa bertuahnya diri ini berbanding mereka yang menjadi pesakit di hospital. Alhamdulillah.