Tuesday, January 13, 2015

DI MANAKAH PERTOLONGAN ALLAH SEMASA BANJIR ?



 Gambar hiasan ihsan Google.

Cerita ini telah lama saya dengar. Saya pun dah lupa sumbernya. Saya percaya ramai di antara pembaca yang telah pun mendengarnya. Bila banjir melanda negara kita baru-baru ini, saya teringat kembali cerita ini.

Ia mengisahkan seorang lelaki yang terperangkap di rumahnya semasa banjir. Dia risau melihatkan air semakin naik,  tetapi yakin akan datang pertolongan Allah dan dia tidak berhenti-henti berdoa. Pada masa air mula naik mencecah mata pertama anak tangga rumahnya, ada penyelamat datang dengan kenderaan 4x4 , tetapi dia enggan mengikutinya kerana yakin akan datang pertolongan Allah.

Dipendekkan cerita,  bila air sudah mencecah lantai, datang pula sebuah bot untuk menyelamatkannya  tapi dia masih eggan kerana yakin akan datang pertolongan Allah.

Air semakin naik dengan cepatnya dan bila air sudah setakat lutut di dalam rumahnya, dia bergegas naik ke atas bumbung rumahnya untuk menyelamatkan diri.


Selang beberapa ketika, datang sebuah helikopter menghulurkan tali dengan seorang penyelamat untuk membawanya ke pusat pemindahan, tetapi dia masih enggan kerana yakin akan datang pertolongan Allah.

Akhirnya rumahnya dihanyutkan air deras dan dia pun mati lemas dibawa arus.

Kemudiannya bila dia bertemu Allah, dia lantas bertanya kenapa Allah tidak menolong menyelamatkannya, lalu Allah menjawab:

"Bahkan Aku telah meghantar pertolongan sebanyak 3 kali, bermula dengan kenderaan  4x4, kemudian  bot dan akhirnya  helikopter .. tetapi malangnya ketiga-tiga pertolongan Aku itu engkau tolak"

Saya tahu cerita ini adalah rekaan, tetapi bagi yang suka berfikir dan merenung, ada pengajaran di dalamnya.