Berhenti kejap dari berjogging untuk berselfie dengan Haiqal
Orang kata orang pencen ini hatinya tenang. Saya setuju. Saya percaya faktor utama hati tenang itu adalah kerana duit pencen yang masuk setiap bulan. Perbelanjaan pun dah kurang. Misalnya hutang rumah dah selesai.
Selain dari itu orang pencen juga dapat banyak kemudahan. Kalau sakit dapat rawatan percuma. Tambang pengangkutan awam separuh atau dapat diskaun. Ada sesetangah kaunter dikhaskan untuk warga mas. Kalau pakaian berkedut sebab tak bergosok, orang tak kisah sangat.
Sejak lebih seminggu Makngahnya berada di hospital menjaga bapa mertua saya, rutin hidup saya sedikit berbeza dari biasa. Mari lihat senarainya.
1. Sembahyang Subuh kat Masjid. Sebelum itu kejutkan anak-anak dulu.
2. Balik dari masjid, hantar anak-anak ke sekolah. Sekarang ni Subuh lambat masuk.
3. Beli sarapan pagi (kadang-kadang beli lauk untuk makan tengahari dan malam)
4. Ambil surat khabar
5. Jogging (kadang-kadang belah petang)
6. Minum pagi sambil baca surat khabar.
7. Beli makan tengahari dan juga malam (kalau belum beli lagi di waktu pagi)
8. Sembahyang Zuhur di Masjid.
9. Makan tengah hari.
10. Ambil anak dari sekolah.
11. Tidur kejap.
12. Hantar anak ke sekolah (aktiviti sukan) pada hari tertentu.
13. Sembahyang Asar di Masjid
14. Ambil anak dari sekolah.
15. Sembahyang Maghrib kat Masjid. Malam Jumaat dan Isnin mendengar kuliah ugama kat Masjid.
16. Hantar anak tuisyen. Kalau hujung minggu sebelah siang.
17.Sembahyang Isyak kat Masjid. Malam Khamis mengikuti kelas tajwid lepas Isyak.
18.Makan malam.
19. Ambil anak tuisyen (hari Jumaat malam sahaja).
20. Membaca.
21. Tidur.
Di celah-celah tu berblog atau berfesbuk atau memancing. Ingatkan bila dah pencen tak sibuk. Dulu sibuk kerana kerja pejabat. Sekarang sibuk kerana membuat kerja atau benda-benda yang ingin dibuat tapi tak dapat dibuat semasa bekerja dengan kerajaan dahulu.
Selepas banjir yang memusnahkan tanaman saya (kecuali pokok harum manis dan pisang) saya semacam sudah hilang mood untuk berkebun. Mungkin juga sengaja mencari alasan. Hehe.