Saturday, January 17, 2015

MANA LEBIH BETUL, HARAPKAN PAGAR KE HARAPKAN PEGAR ?

Kelmarin tercetus perbahasan secara sihat di fesbuk salah satu grup yang saya sertai di mana saya telah menegaskan bahawa saya lebih selesa dengan perumpamaan 'harapkan pagar, pagar makan padi'. 


Sejak lama dulu, saya telah diajar perumpamaan 'harapkan pagar, pagar makan padi' yang membawa maksud seseorang yang kita percayai tetapi telah melakukan khianat atau belot kepada kita.

Sekarang ada pula pandangan yang mengatakan perumpamaan itu tidak tepat. Sepatutnya 'pegar makan padi' bukannya 'pagar makan padi'. Pegar itu adalah merujuk kepada sejenis burung. Burung ini juga turut memakan padi.

 
 Gambar hasil carian Google.

Mereka berhujjah adalah tidak munasabah pagar yang tidak bernyawa memakan padi.  Kata mereka lagi kesilapan telah berlaku semasa memindahkan perumpamaan itu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.

 
  Gambar hasil carian Google.

Sekali pandang masuk akal juga alasan ini. Tetapi bahasa Melayu yang merangkumi kesusasteraan dan puisinya, sejak zaman berzaman, sebelum orang Melayu pandai menulis dan membaca telah diturunkan secara lisan melalui mulut ke mulut. Saya tidak pernah pulak mendengar nenek moyang saya dulu (yang tidak pandai menulis dan membaca) mengungkapkan perumpamaan "harapkan pegar, pegar makan padi". Dan lagi kalau tengok tulisan jawi itu pun, ia boleh juga dibaca 'pagar' atau pun 'pegar'.

Selain dari itu saya juga tidak dapat memahami lojik kalau kita sudah tahu pegar itu sejenis burung yang maka padi, mengapa kita jadi tak cerdik suruh dia menjaga padi kita. Bukankah itu mencari nahas namanya kerana pada awal-awal lagi kita sudah silap langkah. Serupalah macam kita suruh beruk menjaga pisang. Lagi satu, burung juga boleh terbang ke sana sini. Takkan dia nak duduk tercongok satu tempat 24 jam sehari. Lain macam pagar, yang pasti tidak akan pergi ke mana-mana !

Itu sebab saya lebih selesa dengan perumpamaan 'pagar makan padi' kerana kita memagar bendang untuk mengelakan padi dimakan musuh seperti kerbau, khinzir dan sebagainya. Tapi sebaliknya pagar pulak yang memakan padi kita.  Pagar di sini merupkan perlambangan atau kiasan atau metafora kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengawasi atau melindungi sesuatu harta milik kita.

Kepada mereka yang berhujjah mengatakan bahawa adalah tidak munasabah pagar boleh memakan padi itu saya ingin bertanya  adakah munasabah  perumpamaan 'ibarat perigi mencari timba'?. Masuk akal ke perigi berjalan mencari timba ?

Apa pula kata DBP ?

"Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan"

Tulisan saya di atas nampaknya seiring dengan pendapat DBP.  Namun begitu terpulangla kepada anda hendak menggunakan perkataan 'pagar' atau 'pegar'. Cuma saya tak tahu pendirian rasmi Lembaga Peperiksaan atau Kementerian Pendidikan. Oleh itu saya nasihatkan murid-murid yang nak ambil periksa, ikutlah pendirian Kementerian Pendidikan semasa menjawap peperiksaan kalau ingin selamat.



.

11 comments:

  1. Dulu ada drama pasal peribahasa ni pak ngah. Tu ramai tau tentang pegar. Tapi ikut akal saya pagar la kot. Yela dah tau pegar makan padi, kenapa nak juga pegar jagakan. Nasib la SPM saya 13 tahun lepas =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang Pak Ngah cuba nak perjelaskan. Takkan IQ nenek moyang kita dulu begitu rendah sekali. Hanya kerana ada wujud burung pegar, ia hendak dikaitkan dengan perumpamaan itu hingga mengelirukan semua orang. Hanya kerana seorang 'smart aleck' kita hendak merobah perumpamaan yang sudah sekian lama menjadi darah daging dan budaya kita.

      Delete
    2. ...dah tau burung pegar tu suka makan padi, takkan nak minta kawan tu pi jaga padi... heee~ OK statement itu "WIN"... heheheheh! XD

      Delete
    3. plain83. tu la pasal .. sengaja nak cari fasal. hehe

      Delete
  2. baru tahu wujudnya burung pegar tu :D

    ReplyDelete
  3. ohhh , huhuu baru tahu . ada rupanya pegar

    singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  4. Ada logiknya pandangan tuan. Jika betul belum ada keputusan sahih dari dbp samada pegar atau pagar, saya setuju kepada istilah pagar.

    Tapi satu persoalan saya. Musuh padi adalah tikus dan burung. Macam mana pulak bina pagar untuk halang musuh padi ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa, kerbau juga musuh padi.

      Selain itu utk halang tikus dan burung, ada kaedah yg lain pulak.

      Delete
    2. Jgn lupa, kerbau juga musuh padi.

      Selain itu utk halang tikus dan burung, ada kaedah yg lain pulak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.