Monday, January 5, 2015

SIAPA YANG DAPAT JAWAB TEKA TEKI INI MEMANG HEBAT.


 Gambar hiasan ihsan Google.


Dia senyum-senyum kat kita sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur cantik.
Kita pun balas balik.
Dia sambung senyumannya sambil memandang muka kita.  
Memang kompom dia senyum kat kita.
Tapi kita tak kenal dia.
Dalam hati kita berkata-kata,  "siapakah gerangan dia"

Soalan.

Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga
menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?

Kotak komen dah saya buka tapi hadiah tak ada. Cuma nak tengok ada ke lagi orang yang sudi baca dan komen kat blog saya selepas sekian lama kotak komen saya tutup atas sebab-sebab perikemaknusiaan.


Nota kaki: Jawapan akan diberi selepas 48 jam dari sekarang.




12 comments:

  1. Saja nak komen sementara kotak komen dibuka...tapi saya tak tahu apa jawapan teka teki tu. Nanti 48 jam lagi saya semak semula entri ni.

    ReplyDelete
  2. Teman tengah memikor ni pak ngah buka smpi 48 jam kan :)

    ReplyDelete
  3. Macam senyuman pelakon Fauziah Gous. Betulkah Pak Ngah?

    ReplyDelete
  4. Saya tak tahu jawapannya, bagaimanapun saya suka sebab boleh komen di sini... :)

    ReplyDelete
  5. ada kesan lada atau cili kat gigi selepas makan sambal.itukah jawapannya?

    ReplyDelete
  6. Dia senyum-senyum kat kita sebab kita hensem...

    ReplyDelete
  7. Salam PakNgah! Saya teka ni, sebab PakNgah pakai spek mata kanta besar baik punya, jadi orang tu dengan selamba je senyum sengih untuk periksa keadaan gigi dia kat "cermin" mata PakNgah... hahahah~

    Ampun kalau salah teka na PakNgah, hepi new year~ ;3

    ReplyDelete
  8. bila org tak dikenali senyum meleret tgk kita... check kot kot ada yg tak kena dgn penampilan kita.Baju mcm pak uda ke, saturday longer than sunday ke.,kasut sebelah berlain ke....Betul tak PakNgah.

    ReplyDelete
  9. Kawan lama yang sudah tidak kita kenali tapi masih mengenali kita.. Hehee betulkannn?

    ReplyDelete
  10. agaknya orng yg kita tak kenali kat luar,mesti la tersenyum-senyum..kita balas balik senyum..sampai ke sudah tak tahu sampai bila nak senyum..
    entah..tunggu jawapan.! :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.