Wednesday, April 29, 2015

KALAU ADA ORANG CADANG NAK DATANG RUMAH KITA, APA NAK BUAT ?


Gambar ihsan Google.

Saya tak pasti samada anda pernah mengalaminya atau tidak. Katalah seorang kenalan lama kita telefon nak datang rumah esok petang. Selepas saling bertanya khabar, dia pun beritahu ..

Kenalan: Aku cadang nak pergi rumah engkau petang esok lepas 'Asar. Engkau tak kemana-mana ke ?

 
Kita: Baguslah. Kita pun dah lama tak jumpa. Aku tak ada cadang nak kemana-mana esok.

 
Kenalan: Cantik .. esok aku telefon kau kalau aku jadi datang.
Usah susah-susah .. kalau aku jadi datang pun, sorang je.

Apa tindakan yang sepatutnya kita buat selepas terima panggilan seumpama tu? Nak bersedia ke tidak ? Sebab dari kata-kata kenalan kita itu, dia tak pasti akan datang atau tidak.

Kalau kita sedia lebih-lebih, takut dia tak datang. Membazir je mee kari yang kita buat. Kalau tak sedia dan dia benar-benar datang, takkan nak bagi air kosong je. Ish .. serba salah juga dibuatnya.

Pernahkah anda mengalami situasi yang serupa? Apa tindakan yang anda buat ? Kalau belum pernah, apakah tindakan yang sepatutnya anda buat?


18 comments:

  1. pernah jadi cam ni dulu.. kate nak dtg.. dah siap buat mee goreng.. last2 tak dtg.. 2nd time die ckp nak dtg tak buat pape pon.. tp bile sampai rumah kite mkn kuih (mase tu raye) habis licin.. lapar sgt kot dan bajet kite masak utk die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya banyak kali alami. Yg terbaru hari ini. Simpan jelah kuih dlm peti ais. Esok panaskan buat sarapan.

      Tk kerana berkongsi cerita

      Delete
  2. Kalau takat sorang, jamu apa yg ada jer...

    Saya, jamu biskut n teh tarik 3 in 1. Itu yg mudah n kalau tak dtg pun tak rosak, boleh simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kam tak mahu macam tu .. ingin juga menjamu istimewa sikit kecualilah dia datang mengejut tanpa pemberitahuan.

      Delete
  3. ala relax la pakngah... jamu je apa yg ada seikhlas hati...
    kalau nk buat mee kari.. untung2 org dlm umah makan.. kalo terbanya pon hantar je jiran..
    tapi kali neh kalo dtg nk ajak pakngah makngah g mkn kat luar...


    hehehehe~

    *tetiba lap peluh teringat selalu ad hoc susahkan pakngah ckp tetiba nk terjah umah*
    maafkan dak iyra ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih .. lamanya tak tengok komen SiRibenMerah. Hampir terlupa Pakngah siapakah gerangan SiRibenMerah ini. Nasib baik Dak Iyra mengaku. Hehe.

      Pakngah pun bukan tak biasa pergi rumah orang secara ad hoc .. tujuannya tak mahu susahkah tuan rumah .. tetapi kadang-kadang lagi menyusahkan mereka pulak kerana mereka kalut sebab ingin juga menjamu kita. Kelam kabut dia suruh anaknya pergi pekan beli sesuatu .. kita pulak nak balik cepat tak sampai hati kerana anaknya belum balik bawak makanan. Akhirnya dua-dua susah. Hahaha.

      Delete
  4. Kupaskan harum manis je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya harum manis sentiasa di hati mu .. hehe

      Delete
  5. Aina biasanya sediakan bihun dan abhan rencah2 je kalau dia jadi datang cepat2 masak kalau tak jadi pun bihun tu boleh simpan je, Sayur dan ayam boleh buat lauk kat rumah tak pun masak je bihun tu utk seisi keluarga makan kalau banyak sedekah kat jiran sebelah...ehehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu satu cadangan yg baik. Tapi tetap kecewa sebab kita dah batalkan program kita kerana bersedia utk menerima kedatangan dia.

      Delete
  6. Betul tu JunAina..kita sediakan bahan2nya dulu tapi jgn masak lagi...klu dia kata tak jadi nak dtg kita simpan semula dlm petia ais, klu jadi kita masaklah...best makan waktu panas2..: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen balas saya sama spt diberi kpd Jun di atas.

      Delete
  7. Perkara pertama, kemas rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mudah shj sebab rumah kami tak ada benda sangat nak kemas. Kalau ada pun cuma bantal sebiji dua depan tv.

      Delete
  8. pernah, tp sy selalunya sediakan bahan goreng mee@spageti
    karipap frozen..
    kalau dia dtg, sempat masak kejap je
    kalau x jadi, benda x membazir
    tp mesti hidang jugak utk tamu kecuali dia kata singgah kejap x masuk umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen balas saya sama spt diberi kpd Jun di atas.

      Delete
  9. masa raya memang selalu jadi macam ni...

    bile dah berkali terkena, selalunya mak saya akan goreng mee / bihun / keu tiaw bile tetamu dah sampai.

    mak akan masak kari / sup bile ada 2 3 grup nk dtg sekali.

    so dh boleh elak membazir.

    paling cikai, kalo tetamu tu tak sure betul, pi bungkus satey.

    hehe.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.