Thursday, April 2, 2015
MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 4.
Ada pun entri ini adalah sambungan dari entri ini.
PELEJARAN 4: Huruf ' ĕ ' (pepet) jadi huruf 'o'.
Saya juga perhatikan, orang N9 akan menukarkan sebutan huruf 'ĕ' kepada huruf 'o'. Fenomena ini lumrah. Bahkan hampir semua sebutan huruf 'ĕ' pepet menjadi 'o'.
Contoh:
bĕla - bolo
bĕsar - bosar
cĕrok - coghok
dĕkat - dokek
dĕra - dogho
dĕpan - dopan
gĕlak - golak
gĕmok - gomok
kĕra - koro
pĕtai - potai
mĕrĕkah - moghokah
pĕlĕpah - polopah
pĕta - poto
sĕbĕlah - sobolah
sĕdĕkah -sodokah
sĕmĕnggah - somonggah
tĕka - toko
tĕlur - tolo.
Saya tak berjumpa pengecualiannya.
Peringatan: Kalau huruf vokal 'e' (taling) jangan pulak suka-suka nak ditukar sebutannya menjadi 'o'. Misalnya 'besan' tetap disebut 'besan'. Tak boleh tukar jadi 'bosan', walau pun kadang-kadang ada betulnya. Sebab itu
dalam kamus dialek Negeri Sembilan itu, tiada perkataan yang ada huruf ĕ pepet kerana semua telah saya tukarkan kepada huruf 'o' untuk mengelakan kekeliruan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pak Ngah saya takut BESAN jadi BESEN. hahahahaha
ReplyDeletebagus juga tu .. boleh buat simpan makanan. hehe.
Deletesaya kalau yg betul2 pekat ckp nogorinya memang kena pasang telinga betul2
ReplyDeletesaya pun menghadapi masalah yang sama sekarang di Perlis ini. Kalau merekai betul2 cakap pekat sesama mereka, saya pun kadang-kadang langsung tak faham.
DeleteMemang kena hati-hati nak menukar huruf E kepada O tu pak ngah... takut lain maksud nya...
ReplyDeleteBiso Bonar... betul tak pak ngah :)
kurang tepat .. yang tepatnya " biso bona " .. orang Nismilan tidak bunyikan huruf 'r' di hujung perkataan. Nanti kita akan sampai ke pelajaran itu.
Deletetapi kalau nak bunyikan pun ok juga cuma janganlah ditekankan sangat bunyi 'r' itu.
Loghat Nismilan ni best. Orang Nismilan kena bangga sebab ada loghat sendiri sebab itu identiti mereka.
ReplyDeletekembang hidung orang Nismilan awak puji .. sekarang ni banyak betul lagu dalam bahasa Nismilan. Misalnya Gadis Jelebu, Rembau Most Wanted, Biso Bona dll.
DeleteHari ini badan panas dan selsema pun ada.jap lagi nak pergi klinik sebab tak tahan
ReplyDelete