Friday, April 17, 2015

MENYARING PADI DAN ANTAH MELALUI PENGALAMAN MEMANCING.

Gambar sekadar hiasan.

Bagi kaki pancing, mereka selalunya akan pergi secara berkumpulan bila memancing di tempat-tempat yang jauh atau ke lokasi-lokasi yang terpencil di pendalaman. Selain dari dapat berkongsi kos, langkah keselamatan; pergi memancing bersama kawan-kawan adalah satu daripada keseronokan memancing. Semasa perjalanan di dalam kenderaan, kadang-kadang mereka tidak tidur semalaman kerana seronok berborak.  Benda yang disembangkan tentulah berkaitan dengan hal ehwal memancing. Kadang-kadang cerita yang sama diulang berberapa kali namun ia tetap tidak pernah menjemukan.

Akan tetapi kalau mendapat kawan yang berperangai hodoh, tentulah ia akan menimbulkan ketidakseronokan kepada semua ahli dalam kumpulan.

Misalnya ada kawan memancing yang bila hanya dia seorong dapat banyak ikan, sedangkan orang lain langsung tak dapat, dia akan berkata ...

".. kita memancing ni rezeki masing-masing .. kalau tak dapat tu terimalah hakikatnya yang rezeki kita tidak ada".

Akan tetapi bila dia tak dapat langsung dan dalam masa yang sama orang lain pula dapat banyak, dia akan berkata ...

"Kita memancing dalam satu grup ni, susah senang kita bersama. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Sepatutnya semua hasil tangkapan kita kena bagi sama banyak"

Saya rasa begitulah kaedahnya kalau kita hidup dalam satu negara pesekutuan. Mana-mana negeri janganlah pulak bersikap seperti kawan pemancing yang berperangai hodoh tu. Bila negeri dia banyak hasil, dia kata lain tapi bila negeri dia tak ada hasil dia kata lain pula. Dan ingatlah bahawa hasil yang kita ada itu mungkin tidak kekal selama-lamanya.  Ia mungkin kehabisan atau tidak laku di pasaran kerana tiada permintaan atas pelbagai sebab. Siapa tahu, kerana itu semua adalah hak milik mutlak  Allah belaka. Allahua'lam.




.

7 comments:

  1. urmm.. begitulah adat segelintir manusia Pak Ngah.. lagi teruk bila harta dia harta dia, harta orang pun harta dia juga.. huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. nasib segelintir sahaja.

      Delete
    2. .....tapi yang segelintir tu memberi impak pada hampir semuanya... huhuuu

      Delete
  2. bila ada kawan biarlah susah senang sama2,, sikit banyak bagi sama rata itu lebih baik.,,,

    ReplyDelete
  3. BANYAK KEBENARANNYA DI SITU..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.