Sunday, April 5, 2015
MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 6.
Sambungan dari entri ini. Pelajaran kali pendek sahaja tapi menarik dan penting untuk mencapai ketepatan sebutan dalam percakapan.
PELAJARAN 6. Sebutan huruf 'ua' jadi 'o'
Umumnya orang N9 akan menukar sebutan 'ua' di dalam satu-satu perkataan kepada 'o' sahaja. Lihat beberapa contoh yang saya berikan seperti di bawah.
Buaya - boyo. Contoh: Boyo darek banyak sekarang ni.
Kuala - kolo. Contoh: Bilo kau nak poie Kolo Kopih.
Kuasa - koso. Contoh: Tak koso den masuh keto tongahari buto ni do.
Puasa - poso. Contoh: Dah habih poso onam lom ?
Suara - sogho. Contoh: Sogho sapo monghoghik-hoghik kek kopuk tu ?
Pengecualian: Muara bukan moro, puaka bukan poko, suasa bukan soso. Bila ada pengecualian itu, kenalah berhati-hati kerana pengecualian ini hanya boleh dikesan atau dipelajari melalui pergaulan dengan orang yang bercakap N9.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
singgah belajar...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi singgah ..
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
terima kasih aja ..
Deletebulih bukukan semuo posting ni nanti...
ReplyDeleteada ke orang nak beli ? harap2 tak ada orang buat cetak rompak entri2 saya ini .. kalau ada saya akan saman. Ia barangkali lebih menguntungkan.
DeleteBAHASA MELAKE PUN SAYA BELOM HABIS BELAJAU LAGI NI.. HEHEHE
ReplyDeletebelajau kat mane tu ?
DeleteTimo kasih :)
ReplyDeletesamo-samo.
Deletehahaa.. lawak pula ayat akhir2 tu Pak Ngah.. soso.. hahaa.. tak koso den! kikikikkk
ReplyDelete"tak koso den" tu dah betul sangat dah tu .. tak sangka Nurul pun boleh cakap Nismilan.
Delete