Thursday, April 16, 2015

MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 10.


Bersambung dari entri ini.

PELAJARAN 10.
Huruf 'is' di hujung perkataan ditukar sebutannya kepada 'ih'


Saya juga perhatikan orang N9 akan menukarkan sebutan huruf 'is' di hujung sesuatu perkataan kepada huruf 'ih'.

Contoh:

bengis > bongih
habis > habih
keris > korih
kudis > kudih
lapis > lapih
manis > manih
manggis > manggih
tepis > topih
tiris > tirih
waris > waghih

Pengecualian: Puas saya fikirkan, tapi tidak terjumpa pengecualiannya.



.

9 comments:

  1. terinagt lagu Anita Sarawak-Ayam Den Lopeh...tp tak tau apa maknanya hehe

    ReplyDelete
  2. orang pelat susah nak nyebut ni Pak Ngah.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang pelat, nak sebut apa pun susah. Hehe.

      Delete
    2. hihii.. betul juga ea.. ok la.. tukar plak.. orang gagap hahaa

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.