Thursday, January 12, 2017

DARI FESBUK # 9 : PERLUKAH PERTANYAAN INI?

Pagi tadi saya buat kisah Lobai Salleh dengan tujuan menyindir wartawan yang bertanyakan soalan yang tak cerdik. Nampaknya ada yang tak berapa dapat tangkap mesejnya. Saya terus terang je lah.

Kerapkali saya mendengar wartawan membuat soalan yang kita dah boleh tahu atau agak jawapannya. Misal.

"Apa perasaan pakcik bila anak pakcik Mohd Faiz berjaya menerima anugerah FIFA PUSKAS AWARD 2016 ini?"

"Apa perasaan kakak bila anak kakak dapat semua A dalam peperiksaan SPM hari tu?"

"Apa perasaan abang bila memenangi hadiah kereta BMW 520i dalam cabutan Sijil Simpanan Premium tempoh hari?"

"Apa perasaan awak selepas terpilih menjuari pertandingan Lawak Solo Mega 2017 peringkat kebangsaan?"

"Apa perasaan adik bila tengok henfon Samsung Galaxy 9 yang baru beli jatuh dalam lombong yang airnya dalam 100 kaki dan banyak buaya ?"

Nasib baik dia tak tanya "Apa perasaan makcik bila dapat tahu suami makcik meninggal dunia kerana nahas jalanraya?"

p/s: Berikut adalah cetakan skrin post kat fesbuk saya yang dimaksudkan.





10 comments:

  1. Hihi... kan dah kena sedas terus!
    Tanyalah lain contohnya berapa modal dan keuntungan diraih - oklah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dgn komen kakzakie ni .. balik2 soalan streotype.

      Delete
  2. Hahaha..
    Penangan lobai tu jwp iyo pak ngah...
    Mmg kelas gitew...
    Kena hantar kursus berfikir luar kotak tu pak ngah 😊😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kalau ada kursus akan ada perubahan cara bertanya agaknya ..

      Delete
  3. saya rasa cara bertanya tu salah...rasanya yg macam ni sesuai.."boleh kongsikan pada kami perasaan anda bila blablabla..." apa kata Pak Ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang setuju sangat .. cara tu penting .. rajin2lah tengok cara wartawan barat bertanya .. CNN ke BBC ke.

      Delete
  4. satu lagi yang saya perasan dalam laporan akhbar bila ada kematian yang diakibatkan oleh kemalangan. mesti akan ada ceritakan sedikit sikap pelik si mati sebelum kejadian. kenapa ya?

    saya tak mempersoalkan "tanda-tanda" yang sering muncul (secara disedari atau tidak) tapi kalau kerap sangat wartawan nak highlight sampaikan 'tanda' yang kurang pelik pun nak diceritakan secara berlebihan, takut ada yang anggap benda ni tahyul atau jatuh syirik pulak.

    apa pendapat pak ngah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. ini satu lagi isu .. pak ngah rasa soalan mcm tu tak berapa Islamik .. apa tujuan dia orang bertanya Pak Ngah pun tak tahu.

      lama awak tak muncul sini .. terima kasih kerana masih tak lupa blog ini.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.